PART 6

297 24 9
                                    



"Dua... Tiga... Empat... Lima..."Haur berbisik mengira jarinya.

"Kira apa tu Haur?" Acik Sal menegur dari belakang.

"Eh Acik Sal. Saya kira ni ha. Rupanya dah masuk lima bulan saya kerja kat sini." Haur membalas dengan senyuman.

Sedar tak sedar dah lima bulan dia bekerja sebagai cleaner. Gaji dia pun dah naik. Seperti yang dijanjikan oleh Uncle apa ntah nama dia. Syukur dapat rezeki lebih.

Baik betul hati Uncle tu.

Lima bulan bekerja sebagai cleaner ni masih dirahsiakan daripada pengetahuan Ibu. Yang tahu dia bekerja sebagai cleaner hanya adik lelakinya sahaja. Ayah pun tak tahu.

Biasalah kerja cleaner ni pada mata orang tuanya bukanlah satu pekerjaan yang gah. Mereka lebih suka kalau Haur ni kerja yang smart-smart.

Yang penting bulan-bulan dia mengirim duit kepada orang tuanya termasuk adiknya, Nurhan.

Ibunya pula sudah selamat dijabkabul dengan suami barunya bulan lepas. Kalau diikutkan majlis nikah Ibu bersama suami barunya itu berlangsung awal. Tapi tak tahu sebab apa, majlis tersebuh ditangguh beberapa kali. Nurhan pula dijemput hadir ke majlis ijabkabul tersebut tetapi hatinya sakit. Ibunya boleh terfikir untuk berkahwin sedangkan Ayah sampai sekarang tidak kahwin-kahwin.

"Alhamdulillah. Kerja sini okay kan?" Tanya Acik Sal.

Haur mengangguk laju. "Alhamdulillah okay sangat. Haur suka kerja sini." Dia sukalah kerja cleaner ni. Walaupun penat tapi dia suka!

"Ni Acik Sal nak bagi tau kamu. Minggu depan Acik Sal cuti seminggu tau?"

"Ha seminggu? Acik Sal pergi mana?"

"Ni anak-anak Acik Sal ajak family day? Gitu-gitulah. Pastu nak luang masa dengan cucu."

"Oh faham. Takpe Acik Sal don't worry! Haur okay je sini."

"Maaf ya Haur? Kesian kamu seminggu takde kawan buat kerja..." Kasihan Acik Sal mahu meninggalkan Haur seminggu. Sudahlah Haur banyak membantunya selama gadis itu bekerja di sini. Sikit pun dia tidak pernah mendengar Haur merungut.

Kepala digelengkan. "Alah takpelah Acik Sal. Keluarga lagi penting. Jarang-jarangkan keluarga Acik Sal berkumpul. Nanti Acik Sal enjoy je tau!" Haur menenangkan hati Acik Sal.

Kemonlah dia kan independent girl! Kerja sorang-sorang ni apalah sangat kan?

Haur sedang mengutip sampah dan mengganti plastik sampah baru di ruangan pejabat. Sekejap lagi lunch hour. Kena laju dia buat kerja!

"Hi Haur! Lama tak nampak awak!" Tegur satu suara dari belakang.

Haur tersenyum di sebalik mask. "Saya hari-hari kutip sampah kat sini Awish."

Tergelak Awish dan Fakhir. Dia saja nak tegur Haur. Lagipun dia suka tengok Haur. "Nak ikut tak kitaorang lunch nanti?" Fakhir mengajak.

Haur mengangkat tangannya, menolak pelawaan dua lelaki itu. "Ek takpe. Saya bawa bekal."

"Oh yeke? Kitaorang pergi bilik meeting jap tau." Faham dengan tolakan Haur, mereka berdua pun beredar pergi.

"Hati-hati!" Lambai Haur lalu menyambung kerjanya. Bolehlah dia menyambung kerjanya yang tergendala. Kalau ada Awish atau Fakhir, memang tergendala kerja Haur dibuatnya.

Masing-masing mengajak Haur bercerita pasal anime. Dua lelaki tu dah jadi geng anime dengan Haur. Excited kata mereka ada geng minat anime. Dah jadi geng diaorang bertiga tu.

HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]Where stories live. Discover now