Haur mengetuk bahunya lembut. Lenguh pula rasanya hari ini. Jam di tangan dikerling. Baru pukul 11 pagi.Sekarang kerap pula dia cepat lenguh dan cepat penat. Jangankan dia, suaminya juga sama. Masing-masing balik daripada kerja tayang muka kepenatan.
Kelakar pun ada.
Haur mencari kelibat Acik Sal. Rasanya tadi ada Acik Sal di bilik ni dengan dia. Tiba-tiba pula perut dia berbunyi. Lapar pula rasanya. Padahal pagi tadi dah bersarapan dengan suami tercinta. Mungkin sebab banyak guna tenaga kot. Ingat kerja cleaner tak guna tenaga? Ceh!
Telefon di kocek seluar di ramas. Seperti biasa dia akan memberitahu Nufail kalau dia mahu ke mana-mana. Tahu sajalah Nufail ni. Dia tak reply chat tiga minit pun, Nufail dah gelabah cari dia satu pejabat.
Ting!
Tunggu abang. Abang pun lapar ni 😭
Mengekek halus Haur membaca balasan daripada suami. Rupanya Nufail pun sama macam dia. Selalu boleh ja tahan lapar sebelum lunch hour. Tapi hari ni memang tak boleh tahan. Lapar betul rasanya!
Lima minit kemudian, Haur dan Nufail tiba di ARL Bakery. Bawah ofis aje pun.
Tanpa membuang masa, Haur terus menuju ke bahagian sandwich dan mengambil sebungkus sandwich telur mayonis. Manakala Nufail hanya mengambil sebiji chicken floss bun.
Selepas membayar, Nufail membawa Haur duduk di meja yang berdekatan.
"Macam tengah escapekan Nufa?" Tanya Haur usai melabuhkan duduk. Kelakar laki bini ni curi-curi turun ke lobi beli makanan. Hahaha.
Nufail turut mengangguk bersetuju. Eecape pun escape lah kan? Dah dia pun lapar. Nak buat macam mana. Alang-alang isteri dia pun sama lapar, eloklah gerak sekali.
Nufail mula menggigit chicken floss bun. Dikunyah perlahan-lahan sambil matanya melihat kepayahan isterinya membuka plastik sandwich.
"Sini abang tolong." Nufail hulur tangan meminta sandwich di tangan Haur. Lalu chicken floss bun miliknya bertukar tangan. Sempat Haur menggigit chicken floss bun Nufail. Sedap!
"Bismillah dulu." Nufail hulur sandwich mayonis telur ke tangan Haur. Isterinya mengangguk laju.
Gigit sahaja sandwich di tangan, tiba-tiba air matanya merembes keluar. Tiba-tiba sahaja!
Nufail yang baru selesai makan, cepat-cepat menelan. Nasib baiklah tak tercekik sebab terkejut. Dia merapat kerusi menghampiri isterinya.
"Sayang? Sayang kenapa ni? Sandwich masam ke sayang?" Tanyanya gusar. Sambil-sambil itu tangan mengelap muka Haur dengan tisu kering.
Tak sedap ke sandwich tu? Detik Nufail di hati sesaat.
Haur menggeleng. Sandwich ni tak masam pun. Tak basi pun. Cuma dia rasa terharu aje. Sebab dah lama tak makan sandwich mayonis telur ni. Kesian suaminya terpaksa melayan perangai dia yang entah apa-apa sekarang ni.
"Sandwich sedap sangat..." Bisik Haur perlahan. Tetap mulut mengunyah perlahan sandwich dengan nikmatnya.
Kerut dahi Nufail sekarang. Dia tak salah dengarkan? "Apa dia sayang?" Soal Nufail untuk kepastian.
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...