Haur melangkah lemah masuk ke bilik persalinan dia dan Acik Sal. Kepalanya yang berdenyut di picit perlahan."Adeh... Pening betullah..." Gumam Haur sambil meletakkan tangan ke leher dan dahinya. Panas! Makin naik pula suhu badan dia ni.
"Duduk dululah..." Haur duduk di sofa dan matanya dikatup rapat. Pening dan panas badan dia ni bukan main-main sekarang. Ni mesti sebab dia kehujanan masa on the way nak ke stesen LRT semalam. Ingatkan takdelah hujan lebat. Sekalinya hujan lebat yang amat. Dahlah dia takde payung.
Dan-dan hari ni dia demam panas. Nak ambik MC, rasanya dia okay lagi ni. Boleh tahan lagi sikit.
Tapi sampai sahaja dia di tempat kerja, makin teruk pula keadaan dia sekarang. Tanpa Haur sedar, dia terlelap tidur. Acik Sal yang baru sahaja sampai, terkejut melihat Haur terbaring lemah di sofa, dengan keadaan pintu terbuka luas. Habis dah pun cuti seminggu dia.
Belum sempat Acik Sal menyentuh badan Haur mahu mengejutkan gadis itu, Acik Sal sudah terasa bahang daripada badan Haur. Hati tuanya sudah mula risau. Cepat-cepat dia merasa dahi Haur dengan telapak tangannya.
Sah! Haur demam!
Apa lagi Acik Sal keluarkan sapu tangan kecil miliknya daripada begnya dan membasahkan sapu tangan kecil tersebut dengan air. Diperah sapu tangan kecil itu lalu diletakkan ke dahi Haur.
Terasa tidurnya terganggu kerana ada benda sejuk di dahi, Haur membuka matanya perlahan-lahan.
"Tidur Haur. Kamu demam ni. Kenapa datang kerja ni sayang?" Acik Sal buat raut risau. Mak-mak biasalah.
Haur tersengih sikit. Sudah lama rasanya dia tak merasa orang peduli dia demam ni. "Ingatkan saya boleh tahan. Tapi sampai sini KO dah saya..."
Acik Sal tergelak kecil. Ada-ada ja lah budak Haur ni. "Rehatlah dulu. Nanti dah okay sikit Haur balik ya. Jangan risau pasal Acik Sal."
Haur hanya mengangguk perlahan. Ada benarnya kata Acik Sal tu. Kalau dia sakit macam ni memang satu kerja dia tak dapat buat. Kedua tapak tangan dan kakinya juga dingin saja sekarang. Tidak lama kemudian, Haur menyambung tidurnya. Sempat juga Acik Sal pakaikan Haur selimut kecil miliknya.
Acik Sal pula terus melakukan kerjanya. Dibiarkan sahaja Haur berehat di bilik persalinan mereka. Lagipun dia sudah menganggap Haur seperti anaknya sendiri.
Sejam kemudian, Haur tersedar daripada tidurnya. Sapu tangan yang terletak di dahi di sentuh. Aiyoo dah kering. Panas betul badannya ni.
Perlahan-lahan dia bangun daripada sofa dan rambut dikemaskan. Mask baru ditukar. Hari ni dia MC dulu lah. Selama bekerja di sini pun, kali ini baru pertama kali dia sakit sampai terpaksa ambik MC. Memang tak larat. Nak buka mata pun payah!
Haur melangkah keluar daripada bilik persalinan dengan lemahnya. Sampai di ruang lif, kelihatan Acik Sal sedang mengelap cermin.
"Acik Sal..." Panggil Haur lemah. Tak dapat nak bercakap dengan kuat dah. Lehernya terasa perit pula sekarang.
Terus menoleh Acik Sal. Dia berjalan ke arah Haur. Dengan raut wajah risau, dia melihat Haur. "Dah nak balik dah?"
Haur mengangguk lemah. "Saya rasa saya tak larat Acik Sal. Sorry tau..."
"Takpe-takpe Haur balik je dulu okay? Nanti dah sihat baru masuk kerja. Nanti Acik Sal bagi tahu Tuan Megat yang Haur tak sihat ya."
Sekali Haur mengangguk lemah. Baiknya Acik Sal ni. Peduli betul dengan dia yang sakit ni.
Ting!
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Nouvelles[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...