Haur memandang dirinya di hadapan cermin. Rambut kemas. Lipstick dah pakai. Perfume pun sudah."Okay jom. Bismillahirahmannirahim!" Haur berkata sendirian lalu melangkah keluar daripada bilik sewanya. Hari ini hari pertama dia bekerja di tempat baru. Jadi dia kena datang awal untuk sesi daftar diri. Jarak tempat kerja dari rumah sewanya 45 minit.
Jauh jugalah tapi dah cari rezeki di tempat orangkan? Untung sahaja ada public transport, jimatlah duit dia.
Naylah Haur gadis berusia 28 tahun itu sedari di bangku sekolah bercita-cita mahu menjadi pramugari yang sebenar-benarnya. Sebab itulah dia bertekad mahu menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.
Tetapi Haur terpaksa menguburkan impiannya mahu menjadi pramugari selepas ditentang hebat oleh ibunya. Sedangkan dia mahu menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pun ditentang habis-habis oleh Ibu, inikan lagi mahu menjadi pramugari.
Tetapi Ayah banyak membantu dalam memberikan semangat kepada Haur. Disokong sahaja hasrat anak sulungnya untuk mendapat segulung ijazah dan cita-cita Haur. Pada ketika itu.
Tapi sehebat manapun kita sebagai makhluk merancang masa hadapan kita, Maha Penciptalah lagi mengetahui segalanya-galanya.
Masuk ke semester ke empat, Haur mendapat berita bahawa kedua orang tuanya bercerai. Luluh hatinya ketika mendapat tahu berita tersebut. Kedua orang tuanya bercerai ketika dia berada jauh daripada rumah. Dan kesan daripada penceraian kedua orang tuanya, ianya menganggu konsentrasi Haur di kelas.
Tetapi Haur orangnya tidak mudah patah semangat. Disebabkan dia tidak mahu kepalanya asyik berfikir tentang penceraian kedua orang tuanya, Haur membuat keputusan dengan melakukan kerja part-time supaya dirinya sibuk.
Dalam masa yang sama dia belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Dia tidak mahu menjadi bahan bualan orang, prestasinya merosot kerana penceraian kedua orang tuanya.
Kalau dulu setiap bulan dia mendapat duit belanja daripada Ayah, tetapi selepas sahaja orang tuanya bercerai dia tidak lagi mendapat duit belanja. Hubungan dia dengan Ayah juga menjadi renggang. Tapi tidak serenggang Ibu.
Sebab itulah juga punca kenapa Haur belajar sambil bekerja. Mahu menampung dirinya di bandar. Bekerja sambil belajar itulah rutinnya.
Adakala dia membuat assignment di tempat kerjanya. Nasib baiklah manager di tempatnya kerja memahami keadaan Haur yang bekerja sambil belajar.
Tahun bertukar tahun, impiannya mahu menjadi pramugari menjadi pudar. Sebab dia sudah mula sedar ketinggiannya tidak meninggi! Ugh!
Dan selepas itu Haur bercita-cita pula mahu menjadi cleaner airport.
Kalau tak dapat menjadi pramugari, jadi cleaner airport pun takpe. Supaya dia dapat melihat para pramugari dan pramugara setiap masa.
Melihat mereka menarik bagasi dengan pakaian mereka, seringkali membuat hati Haur berdebar! Kerana itulah cita-citanya sedari dulu. Tapi cita-cita yang dah terkubur ler.
Rasa macam kelakarkan? Ada ijazah tapi nak jadi cleaner airport. Macam tak logik kan?
Tapi lama kelamaan impiannya mahu menjadi cleaner airport juga pudar. Jauh untuk dia bergerak dari rumah sewanya ke lapangan terbang.
Dengan keadaannya yang serba serbi kekurangan, tiada lesen kereta menyukarkan dia mahu ke sana ke mari. Memanglah ada Grab, tapi kalau dah jarak jauh tu, berasap jugalah dompet nak membayar betul tak?
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...