"Sir, macam biasa." Sapa Haur setibanya dia di bilik pejabat Nufail. Sekarang ni jadual dia dan Acik berselang-seli memandangkan Acik Sal di arah untuk bekerja di department bawah.Nufail yang tadinya khusyuk melakar terhenti pergerakan tangannya. Melihat Haur di pintu, mulalah rasa gugup menguasai diri.
"Ma— Masuklah..." Nufail menjawab gugup. Tiba-tiba sahaja badannya naik bahang. Cepat-cepat dia mengipas tangannya ke muka beberapa kali.
Haur mengangguk sedikit. Tanpa membuang masa, gadis itu pantas melakukan kerjanya. Padahal dalam masa yang sama Haur juga turut berdebar. Tiber nervous tengok muka Nufail.
Sebelum ni tak macam ni pun. Ntah kenapa sejak dua menjak dia dan Nufail sering on the phone yang hampir setiap malam, rama-rama di perut semakin banyak membiak.
Sumpah kalah orang bercinta. Walaupun mereka bekerja di tempat sama, mereka jarang berborak kosong. Haur ada kata yang tidak mahu orang lain nampak dia dan Nufail rapat yang tidak rapat mana pun. Duh whatever!
Mungkin ini salah rama-rama di perut dia hidup kembali. Sebab Nufail. Sempat juga Haur menjeling sedikit mahu melihat muka Nufail. Seperti biasa, lelaki itu akan memerhati dia sedang bekerja.
Dalam diam lelaki itu cuba melawan perasaan di hati. Wajahnya tenang tapi tidak jantungnya. Matanya ralat melihat Haur yang sedang bekerja. Otaknya merewang lagi. Air liurnya di telan beberapa kali. Berduaan dengan Haur sekarang mengingatkan dia semula mimpi "ngeri" yang menghantuinya.
Sedang Nufail berlawan perasan dengan dirinya sendiri, Haur menyapa Nufail.
"Dah siap. Saya keluar dulu." Kata Haur lalu keluar daripada bilik pejabat Nufail. Nufail hanya mengangguk tanpa mejawab. Suaranya juga tersekat. Mulut tidak mampu berkata apa-apa.
Dengan pantas Haur keluar dari bilik pejabat Nufail, dan terus menutup pintu. Masa tu barulah Haur menarik nafas lega. Lega yang sangat-sangat!
"Fuh! Dapat pun bernafas. Tenang Angel, tenang!" Haur mengurut dadanya perlahan. Nafas juga diatur peralahan.
"Haur..." Tegur satu suara. Memberhentikan perbuatan Haur. Bibirnya mengukir senyum kecil.
Nufail meletakkan kepalanya di meja. Dia menjilat bibirnya yang kering. Selepas itu kepala dipangguh. Beberapa keluhan dilepas.
"Dia boleh buat selamba? Aku ni dah macam kekurangan oksigen dah!" Gumam lelaki itu sendirian.
Pintu yang di tutup sebentar tadi di pandang dan tangan diletak ke dada. Masih berdegup kencang!
"Sahlah kau dah angau ni Nufa. Tak pernah lagi kau macam ni..." Kata Megat Nufail dengan tangan menutup mukanya.
Setelah itu dia tertawa sendiri. Tak sangka pula dia boleh jadi angau macam ni. Ingatkan bila dah bertahun menduda, takdelah rasa debaran seperti orang baru bercinta. Rupanya budak ketot tu berjaya mengetuk dan membuka hatinya sekali lagi.
Pensel yang terletak di meja di capai dan dipusing-pusing di tangan kirinya. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Kau kena bertanggungjawab Haur. Kau dah buat aku macam ni..."
"Ye Kim?" Haur bersuara. Kim mengajak Haur ke tangga kecemasan. Pintu kecemasan dibuka sedikit.
Kim menunduk kepalanya sedikit. Memandang Haur yang baru sahaja melabuhkan punggung di anak tangga.
"Kenapa you mengelak daripada I? You benci I ke?" Kim bertanya dengan kedua tangannya di seluk ke dalam poket. Tenang sahaja lelaki itu bertanya.

YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...