Terhenti tangan Haur daripada menepek mukanya.Pantulan daripada cermin diperhati.Nufail boleh pula tenung dia dengan tangan bersimpul sambil bibirnya muncung ke depan.
Sempat Haur pincingkan mata lalu tayang penumbuk ke hadapan cermin.
Terburai tawa Nufail melihat Haur tayang penumbuk tangan kecil dia. Ingat Nufail takut ke? Eh eh.
Masing-masing tengah bersiap-siap mahu keluar dating hari ini. Dating berdua je okay. Kembar tak ikut. Kasi chance lah Babah dengan Mama nak dating muehehe!
Seperti biasa, setiap minggu Nufail akan keluar dating dengan isteri kesayangan dia ni. Kalau rajin bawalah
kembar sekali. Kalau malas, tinggalkan saja di rumah Puan Fira.Kembar pula sudah terbiasa ditinggalkan bersama TokMi mereka. Farisalah paling seronok. Ada kawan nak dibuli-buli. Megat Naseer pun kerap berhujung minggu bersama dengan cucu kembarnya.
Ada masa Haur dengan Nufail membawa anak kembar mereka melawat Encik Abdullah dengan Puan Hana di kampung. Tapi selalunya Encik Abdullah lah yang akan turun ke bandar melawat cucu kembarnya. Bosan katanya duduk kat kampung. Nak main dengan cucu. Bila Haur ajak tinggal dengan dia, Encik Abdullah menolak pula.
Hubungan Haur dengan Puan Hana, semakin membaik. Selepas sahaja Haur selesai tempoh berpantang, Puan Hana terus membawa Nurhan ke rumah Nufail. Laki baru dia tinggalkan saja di rumah hahaha!
Sudah tidak ada lagi pergaduhan antara Haur dan Puan Hana. Ibunya juga sudah tidak meminta duit daripada Haur. Haur sampai sekarang tidak tahu atas sebab kenapa Ibunya berubah sedrastik itu. Mungkin perniagaan Ibu semakin lakulah kot.
Setengah jam kemudian, Haur sudah pun siap berdandan. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin. Macam cantik! Tapi kena tanya suami dulu.
Hari ini dia dengan suami dia matching-matching. Haur mengenakan skirt dan outerwear jeans. Baju di dalam pakai inner aje. Dan kepalanya berbalut dengan square shawl yang bercorak bunga kecil berwarna greyish. Manakala Nufail juga mengenakan seluar dan outerwear jeans bersama dengan plain shirt.
"Abang! Cantik tak sayang?!" Haur memusingkan badannya di hadapan Nufail. Siap dengan mulutnya tersenyum lebar sehingga terbentuk eye-smilenya.
"Woah cantiknya sayang. Macam anak dara belum disunti gitu!" Bukan main Nufail memuji isteri dia ni. Dah kalau namanya Haur, pakai apa pun tetap cantiklah.
Haur pincingkan mata. Kedua tangannya mencekak ke pinggang. "Macam anak dara ke abang? Tapi tu..." Balasnya sambil mulut memuncung ke katil mereka.
Sama-sama mereka mengerling ke katil. Apa lagi, ketawa sakanlah Nufail. Haur faham dengan gurauan dia rupanya. Anak daralah sangat.
Kelihatan Megat Ishaan dan Megat Iskhaan sedang menggigit teether masing-masing. Baik budak kembar ni. Mama dengan Babah dia bersiap, diaorang behave aje.
Gebu-gebas montel-montel anak Babah Mama ni. Aww~
"Dahlah jom gerak. Nanti jammed pula."
Tiba sahaja di rumah Puan Fira, belum sempat Nufail mematikan enjin kereta, Puan Fira dan Farisa sudah berlari membuka pintu kereta belakang. Megat Ishaan dan Megat Iskhaan diambil daripada baby car seat.
Tak penyabar sungguh! Hahaha.
"Bye sayang. Mama nak pergi dating dengan Babah tau. Jangan susahkan Tok Mi, Tok Di dengan Aunty Risa okay?" Ucap Haur sebelum mengucup kedua belah pipi Megat Ishaan dan Megat Iskhaan. Nufail juga melakukan hal yang sama.
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...