Nufail menatap wajahnya di hadapan cermin. Segak dan kacak dirinya saat ini. Badan juga sudah bersarung baju Melayu berwarna putih, bersama dengan samping di pinggang.Tangan kanannya menggenggam erat songkok berwarna hitam. Dia menarik nafas dalam dan di tahan beberapa saat. Kemudian dihembus perlahan. Semakin terasa debaran dihati.
Hari ini, hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum dia menamatkan zaman bujangnya.
"Ya Allah, kau permudahkan urusanku hari ini. Dan semoga perkahwinanku kali ini, kekal hingga ke jannah." Ucap Nufail di dalam hati sambil menutup matanya.
Aqasha, Althaf, Aufat dan Edra memandang belakang Nufail sayu. Mereka memberi ruang kepada Nufail untuk bersendirian seketika.
"Nufail? Dah ready?" Aqasha memecahkan suasana sunyi di bilik. Hanya mereka berlima sahaja di dalam bilik tersebut.
Nufail pusing badan sambil memakai songkok. Nufail menatap wajah-wajah sahabatnya satu persatu. Bersyukur betul dia sahabat-sahabat kesayangannya itu hadir ke majlis dia hari ini.
Walaupun mereka semua terkejut apabila mendapat jemputan kahwin daripada Nufail tempoh hari, tetapi masing-masing memanjatkan rasa syukur. Akhirnya Nufail akan menamatkan zaman dudanya!
"Insha Allah. Korang doakan kali ni perkahwinan aku kekal sampai ke syurga boleh?" Ucap Nufail perlahan. Senyuman ikhlas dilempar dengan air mata yang sudah bertakung.
Tersentak empat lelaki itu selepas mendengar apa yang diucap oleh Nufail. Kedengaran getaran di suara Nufail. Dari jauh mereka nampak mata Nufail berkaca.
Althaf melangkah ke arah Nufail. Badan Nufail dipeluk erat. "Amin Nufail. Semoga kau dengan Haur kekal sampai ke akhir hayat!" Belakang Nufail di gosok perlahan.
"Thanks Althaf..." Nufail membalas pelukan Althaf.
"So brothers hug?" Edra sudah tersenyum kecil dengan kakinya merapati Nufail dan Althaf.
Nufail mendapakan tangannya. "Come..."
Tanpa menunggu lama Aqasha, Aufat dan Edra terus mendakap tubuh Nufail erat. Masing-masing mendoakan perkahwinan Nufail bersama suri hati pilihannya berkekalan hingga syurga.
Sempat juga mereka mengusik Nufail jangan tersalah sebut nama bakal isteri. Hahaha...
Suasana di homestay senyap seketika. Jemputan tetamu yang hadir tidak juga ramai dan tidak juga sedikit. Hanya teman rapat dan keluarga terdekat sahaja memenuhi ruang.
"Megat Nufail bin Megat Naseer..." Ayah memulakan bicara. Wajah kacak Nufail di tatap sayang. Lelaki inilah yang akan menjaga anak perempuan kesayangannya selepas ini. Dan lelaki inilah yang menjadi pilihan anak sulungnya, Naylah Haur.
Dengan perasaan berat hati dan sedih, Ayah menarik dan menghembus nafasnya perlahan. Tangan kanan Ayah sudah diposisi bersalam dengan Nufail.
"Aku nikahkan dikau dengan puteri sulungku Naylah Haur binti Abdullah, dengan sepuluh dinar tunai..." Lafaz Ayah sayu.
Dengan debaran di dada, Nufail menelan air liur perlahan.
"Aku terima nikahnya Naylah Haur binti Abdullah, dengan sepuluh dinar tunai!"
"Sah?"
"Sah!"
Dengan sekali lafaz, akhirnya Haur menjadi milik Nufail yang sah. Masing-masing yang berada di meja tika itu mengucapkan rasa bersyukur.
Selepas sahaja lafaznya di sahkan oleh beberapa saksi, hati Nufail tersentuh sehingga air mata lelaki itu mengalir. Ayah, Daddy dan Nurhan yang turut berada di meja turut menangis sama.
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...