Sedar tak sedar, Haur pun selamat melahirkan. Syukur kepada Tuhan, semuanya berjalan dengan lancar."Pelan-pelan sayang..." Nufail memimpin Haur masuk ke bilik tidur mereka.
Haur hanya membalas dengan anggukan sahaja. Tak larat rasanya mahu menjawab. Dia masih mengantuk sebenarnya. Ubat bius tak habis lagi kot.
"Tidur dulu. Anak-anak biar abang uruskan." Nufail selimutkan badan isterinya sebelum melabuhkan ciuman di dahi Haur.
Anak-anak pula masih berada di ruang tamu bersama dengan Megat Naseer dan Puan Fira. Lebar senyuman Nufail apabila melihat Mummy dan Daddy masing-masing mengendong anak-anaknya.
Untung dapat cucu kembar. Tak perlu berebut.
"Dah tidur dah?" Megat Naseer bertanya tapi kedua matanya masih menatap cucu pertamanya di tangan.
"Dah. Mengantuk sangat tu. Bius tak hilang lagi." Balas Nufail tenang. Kemudian dia bersandar ke sofa. Ah lega rasanya. Dua saat kemudian matanya tertutup.
"Pergi tidur dulu Along. Anak-anak biar Mummy dengan Daddy jagakan. Along rehat dulu." Muka kepenatan Nufail di pandang. Kasihan.
"Boleh ke My?" Tanya Nufail tapi matanya masih tertutup rapat.
"Erm, pergilah." Pendek sahaja jawapan Puan Fira. Dia tak keberatan pun mahu menjaga cucu-cucunya yang comel ni. Cucu-cucunya ini pun masih terlena kerana kekenyangan.
Tanpa berlengah, Nufail bangun dan berjalan ke bilik utama. Dia baringkan badan di sebelah Haur. Kemudian dia memeluk badan Haur sekejap.
"Thank you sayang. I love you..." Bisik Nufail di telinga Haur lalu dia pun beradu tidur.
Bangun sahaja dari tidur, hampir gugur jantung Nufail apabila ruang di sebelahnya sudah kosong. Hilang ke isteri dia ni?
Bergegas dia bangun lalu keluar daripada bilik dengan rambutnya yang serabai.
Di ruang tamu, Haur tengah seronok berborak sakan dengan Puan Fira. Anak kembar mereka berada di tangan masing-masing.
"Aik dah bangun?" Tanya Puan Fira. Tanya ke perli tu Mummy? Hahaha.
Nufail duduk di sebelah isterinya. Kepala dilentok di bahu Haur. Penatnya dia hari ni. Ini pun dia masih mengantuk lagi. Badan dia pun terasa lenguh sangat. Serupa macam dialah yang melahirnya. Dan soalan Puan hanya diabaikan begitu sahaja. Nak buka mulut pun tak larat gamaknya.
"Penat?" Lembut Haur bersuara. Anak di tangan di pupuk perlahan. Kekenyangan sebab menyusu.
"Erm... Mengantuk..." Balas Nufail dengan mata tertutup.
Puan Fira menjulingkan mata ke atas. Annoying pula dia tengok perangai manja anak dia tu. Haur yang melahirkan pun takde lah sepenat muka Nufail ni.
"Ha ni Mummy nak cakap. Kali ni girl pantang 100 hari ya!" Puan Fira berkata dengan bangga. Yang tak boleh blah, boleh pula Puan Fira senyum sinis sambil angkat kening. Serupa memerli Nufail lagaknya.
Terus terbuntang biji mata Nufail. "What?! Lamanya Mummy!" Soalnya membantah. Dulu sebulan pun dia hampir gila. Inikan lagi 100 hari?!
Oh tidakkk!!!
YOU ARE READING
HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 4th MILIK SERIES NAYLAH HAUR x MEGAT NUFAIL Mula-mula kau dan aku, last-last abang sayang 💌 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan oran...