PART 16

252 15 0
                                    



Long Chapter

Nufail mengerling ke kiri. Haur sedari tadi diam sahaja. Sepatah dia tanya, sepatah jugalah Haur menjawab. Nampaklah muka Haur tengah gelisah. Kejap itu tak kena, ini tak kena.

"Kau okay tak ni?" Tanya Nufail dengan matanya fokus ke depan.

Haur geleng kepala. "Tak okay."

"Takut? Nervous?" Nufail tanya lagi.

"Haah. Macam mana kalau Ayah dengan Ibu marah kau? Lepas tu, macam mana kalau Ibu pandang rendah kau?"

"Sepatutnya aku yang nervous girl. Aku yang kena berdepan dengan Ayah dan Ibu kau." Nufail menjawab dengan senyum kecil. Dah terbalik pula dah. Memang dia yang patut nervous sekarang bukannya Haur. Tapi dia pula yang chill.

Haur masih diam. Kepala dia berfikir setiap kemungkinan yang akan berlaku hari ini. Kalau dengan Ayah dia okay lagi. Ibu ni satu hal. Macam manalah reaksi Ibu kalau berjumpa Nufail nanti? Tak pun reaksi Nufail bila jumpa Ibu depan-depan?

Dari semalam hati dia tak tenang. Dengan takutnya lagi. Sampai ke subuh dia tak dapat nak lelapkan mata. Sekarang dia dan Nufail on the way nak ke rumah Ayah. Selepas dari rumah Ayah barulah dia dan Nufail akan ke rumah Ibu.

Pulangnya dia ke kampung halaman hari ini, hanya satu. Mahu meminta restu daripada kedua orang tuanya untuk berkahwin dengan Nufail.

"Nufa, kalau Ibu tanya macam-macam yang buat kau terasa hati, aku nak minta maaf siap-siap. Kalau Ibu ada cakap buruk pasal aku, kau diamkan diri je. Jangan menjawab. Janji dengan aku boleh?" Suara Haur seakan merayu benar kepada Nufail.

Dia takut kalau Ibu menghina diri dia di hadapan Nufail nanti. Ibu sampai sekarang tak tahu dia bekerja sebagai cleaner. Bukannya dia tahu angin kepala Nufail ni macam mana. Tengok sahaja part Nufail menengking Ain di part sebelum ni. Lelaki itu dah kalau naik angin memang menakutkan!

Dahi Nufail berkerut. Dia hairan dengan permintaan Haur ni. Gila nak berdiam diri? "Kena—" Tanya Nufail hairan.

"Janjilah Nufa..." Pujuk Haur perlahan. Kena janjilah dulu. Karang Nufail marah-marah macam mana? Haur juga yang pening kepala.

Nufail hela nafas berat. "Okay aku janji." Ikutkan sahajalah permintaan bakal isteri ni. Tak janji kang, merajuk pula. Haihlah sayang punya pasal kan.



"Assalamualaikum..." Haur memberi salam daripada luar pagar. Dari luar dia tersenyum melihat wajah tua Ayah. Berbulan dia tidak pulang melawat Ayah. Terserlah wajah gembira Ayah melihat puteri sulungnya setelah sekian lama.

"Waalaikumsalam. Dah sampai kamu! Rindunya Ayah kat Angel!" Ayah menyahut salam Haur. Terkejut dengan kedatangan Haur bersama dengan seorang lelaki?

Ayah sangka Haur datang berseorangan sahaja. Katanya ada hal mahu dibincangkan bersama.

Angel? Bisik hati Nufail. Dalam kepelikan dia tersenyum melihat Haur sedang berpelukan dengan Encik Abdullah. Encik Abdullah mengucup ubun-ubun Haur berkali-kali. Rindu dengan anak.

"Bawa bakal suami ke ni? Masuk-masuk!" Tanya Ayah ketika bersalaman dengan Nufail. Dia orang tua, sudah tentu dia tahu hari ini akan tiba juga akhirnya. Dalam diam hatinya mula diserang perasaan sebak.

"Maaflah rumah pak cik ni biasa je nak. Duduklah dulu." Tambah Ayah sambil mengajak Nufail dan Haur masuk dalam rumah.

Tak sempat duduk, Haur terus bertanya keberadaan Nurhan. Nufail dan Ayah melabuhkan punggung di sofa. Nufail lihat rumah Ayah Haur takdelah besar mana, cuma selesa untuk mereka. Standardlah rumah teres.

HAUR MILIK NUFAIL [COMPLETE]Where stories live. Discover now