PROLOGUE | HIS POSSESSION

3K 121 23
                                    

CUACA nan tenang pada petang itu, tak mampu hantar nyaman dalam dadanya. Terkocoh-kocoh dia mengayun langkah menuju ke sebuah kafe di seberang jalan sana. Sesekali, matanya melirik ke arah jam yang melilit di pergelangan tangan. Mampus! Dia dah lambat sepuluh minit untuk bertemu dengan si cinta hati.

"Adoi!"

Drastik, langkah terpasak di lantai bumi. Tubuhnya dipusingkan tatkala suara erangan itu menerobos indra pendengaran. Baru sedar dek kegelojohannya, orang lain ditimpa malang. Tak berlengah, dia bertinggung di hadapan manusia yang baru dirempuhnya tadi.

"Err... cik? Cik okey ke?"

Aduh, Seif Zariel! Soalan apa yang kau tanya ni? Terang-terang kau baru langgar orang, Zariel oii!

"Saya betul-betul minta maaf! Saya tak nampak cik berjalan tadi. Cik ada cedera kat mana-mana ke? Nak saya bawa ke klinik?"

Zariel dihambat rasa bersalah bila si gadis hanya diam dan tunduk membelek tumitnya. Dengan keadaan orang ramai berpusu-pusu berjalan di laluan pejalan kaki itu, membuatkan Zariel terpaksa merapatkan dirinya dengan si gadis sekali gus melindung tubuh genit itu dari dirempuh manusia-manusia tersebut.

"Takpe... sikit aje ni. Terima ka..."

Kaget!

Si gadis menelan kesat liurnya. Mukanya merah membahang saat kepalanya diangkat. Wajah pemuda yang melanggarnya tadi begitu dekat dengan mukanya, sehinggakan deru nafas lelaki itu dapat dirasakan menampar epidermis.

Tatkala renungan lelaki itu semakin menikam ke dasar mata, cepat-cepat si gadis memalingkan muka. Segan apabila dirinya direnung oleh lelaki asing. Dia masih ingat pesan si ibu. Jaga pandangan!

Sontak, bibir Zariel melengkung naik. Keningnya diangkat nakal. Reaksi spontan si gadis mencuit hatinya. Zariel pun satu, tenung anak dara orang macam nak telan tu dah kenapa? Mahu tak menggelabah dibuatnya!

"Betul ni okey? Kalau cik sakit, saya tak bertanggungjawab ya? Saya dah ajak cik pergi klinik tapi, cik yang jual mahal."

Zariel membuntuti langkah perlahan si gadis. Dalam masa yang sama, mahu berjaga-jaga andai gadis itu memerlukan bantuannya. Tapi, nampak macam elok saja jalannya.

"Saya okey, awak tak perlu risau. Terima kasih atas keprihatinan awak tu. Cuma saya nak pesan, hati-hati masa berjalan. Nasib baik yang awak langgar tu saya. Kalau orang lain, dah mengamuk agaknya." Sempat si gadis memberi ceramah percuma kepada Zariel sebelum dia berpamitan.

What?!

Macam gitu je dia disekolahkan oleh perempuan asing itu? Terpinga-pinga Zariel di kaki jalan seraya matanya menghantar derap kaki si gadis yang makin hilang ditelan kesesakan lautan manusia.

Sekejap cuma, deringan dalam poket seluar mengejutkan Zariel. Lantaran itu, dibawa keluar telefon pintarnya lalu dilihat nama si pemanggil. Spontan matanya membuntang luas. Matilah nak!

"Ya, sayang? Ya... ya... I'm on my way ni. I'm sorry, sayang. You tunggu sekejap. Lagi lima minit I sampai."

Enggan lagi membazir waktu, laju Zariel bawa langkah ke destinasi yang patut dituju lima belas minit lalu. Macam manalah dia boleh lupa akan temu janjinya bersama si kekasih? Ah, gara-gara perempuan cantik tadi terus Zariel hilang ingatan!

══════⊹⊱❖⊰⊹══════

"AMY... sorry I lambat. Tadi I..."

"Hisy, duduk jelah! Banyak bunyilah you ni!"

Zariel tersentak. Agak terkejut mendengar bicara kasar Amelia. Perlahan kerusi ditarik lalu Zariel melabuhkan duduknya. Diamati dalam-dalam wajah kelat si kekasih. Takkanlah kerana dia lambat setengah jam wanita itu mahu menarik muka? Bukannya sengaja Zariel lewat.

4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIELWhere stories live. Discover now