BAB 5 | HIS POSSESSION

822 59 12
                                    

"PEDULI apa I kalau you tak bagi I masuk jumpa dia?! You ingat I takut dengan you?! Hei, you sedar sikit you tu siapa! Tepilah! I nak jumpa Zariel!" Wanita itu menjerit dengan marah sambil menolak-nolak bahu Amar penuh geram.

"Tak boleh, Cik Hani... Tuan Zariel tak mahu berjumpa dengan sesiapa sekarang ni..."

Amar mendepakan tangannya, melarang Hani dari meluru ke pejabat Zariel. Muka bengis wanita itu sedikit pun tidak menakutkannya. Amar lebih gerun dengan manusia di dalam pejabat itu. Matilah dia kalau Zariel tahu Hani bertandang ke sini.

Tidak mempedulikan Amar, tubuh lelaki itu dirempuh kasar bersama cerlungan mata yang bersinar kemarahan. Melihat peluang yang ada, buru-buru Hani menolak pintu pejabat Zariel.

"Hai, Ril!" Hujung rambut dipintal-pintal. Mata Hani melirik manja kepada Zariel. Langsung tak takut dengan renungan bak helang itu. Ah, Zariel takkan tergamak memarahinya.

"Tuan Zariel..." Amar meneguk liur. Detak jantungnya mula berkompang laju.

"Get out." Sepatah Zariel berkata sebelum menyambung semula kerjanya. Hani mahupun Amar seperti tidak wujud di dalam ruang pejabat. Pen di tangan bergerak-gerak di atas kertas.

Pusingkan tubuh, Hani melontar pandangan mengejek kepada Amar. Bibirnya lebar dengan senyuman kemenangan. Seperti yang Hani jangka, Zariel tidak berani hendak memarahinya apatah lagi mahu mengusir pergi.

"You tak dengar apa yang tuan you suruh? Atau you tak..."

"Not him. But you, Hani. Please get out of my sight, now!" Zariel mengangkat wajah, matanya kini memandang tajam ke arah Hani. Kedengaran rendah suaranya tetapi penuh dengan amaran. Atmosfera pejabat berubah tegang, udara seolah-oleh berhenti mengalir.

Tersentak, Hani memandang Zariel seakan tidak percaya dengan apa yang baru ditutur oleh lelaki itu. Zariel menghalaunya? Terasa darah merah menyerbu ke muka. Tebal berinci-inci wajahnya sekarang.

Amar di jenang pintu turut sama terkejut. Tubuh Hani yang membelakanginya diamati dari atas ke bawah. Dia jatuh kasihan pada wanita itu. Bukan main cantik lagi Hani berdandan semata-mata mahu berjumpa Zariel. Tapi, itulah. Lain pula yang jadi. Kedatangannya tak disambut dengan baik. Malah, diusir lagi. Hani pula sepertinya tidak mengenali personaliti Zariel. Lelaki itu memang pantang kalau ada yang berani mengganggu konsentrasinya.

"Ril... Sampai hati you halau I? I cantik-cantik ke sini sebab nak ajak you lunch tau! Tapi ini yang I dapat? You halau I?!" Hani mula merapat ke meja, merengek mahu minta dimanja. Lengan sasa Zariel diusap-usap. Manalah tahu dengan sentuhan ringan begini, hati beku Zariel bisa dicairkan.

"I don't care why you came here. I told you to leave. Now!" Tangan Hani ditepis. Enggan mengambil tahu tentang perasaan wanita itu. Hani mahu merajukkah, marahkah, Zariel tak peduli. Dia ada banyak lagi kerja yang memerlukan pemerhatiannya.

Merengus berang, Hani masih tak berputus asa. Kaki panjangnya berjalan ke sebuah sofa lalu punggung dihenyak kasar. Kalau Zariel boleh berdegil, Hani juga boleh buat benda yang sama. Dia akan tunggu di situ sampai Zariel sendiri yang mengalah.

"I lapar and I ada gastrik. You mesti tak mahu I sakit, kan?" Sengaja Hani melirihkan nadanya, meraih simpati Zariel. Matanya berkaca-kaca, seolah-oleh cuba menyentuh hati Zariel yang terkenal dengan sikap dinginnya.

"Go and get your food."

Amar yang menjadi pemerhati drama tak berbayar Hani, hanya mampu mengemam bibir dari menghambur gelak. Dia kenal benar dengan taktik Hani yang sering menggunakan kelemahan dirinya untuk meraih perhatian Zariel. Akan tetapi, Amar juga tahu Zariel bukanlah lelaki yang mudah dipengaruhi, kecuali jika ada sesuatu yang benar-benar menggugah hatinya.

4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIELWhere stories live. Discover now