BAB 21 | WMTZ

1K 211 24
                                    

"YOU are really putting a lot into this, Tuan Muda..." Beberapa buah dokumen yang baru disemak dan ditandatangani oleh Zariel diletakkan semula ke atas meja. Senyuman manis menghiasi wajah Rose.

"It's a high-stakes investment, Rose. I don't take risks unless I know they're worth it." Langkahnya dihayun ke hadapan dinding kaca besar yang memaparkan pemandangan bandar raya. Dengan gerakan santai, dia menyisipkan kedua-dua tangan ke dalam saku seluarnya. Wajahnya serius memikirkan fasa seterusnya untuk projek mereka ini.

Dalam konsep berbisnes, Zariel bukan jenis yang suka melabur hanya kerana mahu mencuba. Setiap sen yang keluar dari poketnya adalah pertaruhan yang sudah dikira dengan teliti. Bagi dia, risiko hanyalah medium untuk mencipta peluang, dan peluang itu mesti menjanjikan pulangan yang bukan saja menguntungkan, tetapi juga mampu melonjakkan kedudukannya dalam dunia korporat.

Terangguk-angguk kepala Rose, tanda dia memahami maksud tersirat di sebalik kata-kata Zariel itu.

"I'll make sure everything is up to your standards." Itu janji Rose. Dia akan pastikan setiap aspek projek tersebut memenuhi kriteria seperti yang Zariel mahukan.

Seketika, hening mengambil tempat di antara mereka. Senggang masa yang tercipta membuatkan Rose kelemasan. Tak betah mahu menyepi saja. Lantas, dia bangun dari duduk lalu mengorak langkah ke arah Zariel. Apa yang dilihat oleh lelaki itu turut menjadi pemandangannya.

"Did you ever think about finding someone to be a part of your life?" Soalan pertama meluncur dari bibir Rose. Tidak lagi ragu mahu membuka topik itu sebagai tajuk utama.

Mata tajam Zariel bertemu dengan mata Rose. Namun, tiada reaksi yang jelas di wajahnya. Kosong.

"I do." Zariel akhirnya bersuara.

Mendengar akan jawapan itu, tak semena-mena Rose mengukir senyum. Lebar dan penuh keterujaan.

"Really?"

Tidak lama kemudian, Zariel melabuhkan semula duduknya, diikuti Rose yang mengambil tempat di sisinya. Sekilas, Zariel mengerling wajah jelita itu. Reaksi yang dipamerkan Rose terbentang jelas dari sudut kanta matanya. Cuma Zariel yang masih nihil ekspresinya.

"Why do you ask?" Tenang Zariel menyoal, ingikan penjelasan yang lebih mendalam mengenai pertanyaan Rose sebentar tadi.

Tidakkah orang seperti Rose itu tahu jemu untuk mengambil tahu perihal peribadi orang lain? Jawapan seperti mana yang mereka inginkan agar pertanyaan lapuk itu tidak lagi meniti di bibir mereka?

Rose terdiam. Posisi duduknya diselesakan.

"Sebab I ada simpan perasaan terhadap you." Sejujurnya, perasaan itu sudah lama berputik dalam hati Rose, sejak pertemuan pertama mereka beberapa bulan lalu. Perasaannya tak mampu disembunyikan lagi. Rose menyukai Zariel, lebih daripada yang dia mahu akui.

Dan seketika, seluruh ruang bilik itu terasa sepi.

"I know it might be sudden, but I can't pretend anymore. I just thought you should know." Rose menarik nafas dalam-dalam.

Netra Zariel lurus memandang Rose. Dia tidak tahu bagaimana harus merespon perasaan yang baru saja diluahkan kepadanya. Terkejut dan tidak percaya pun ada. Zariel pada mulanya menyangka Rose hanya bertanya sekadar ingin tahu lebih mengenai kehidupannya, tanpa niat yang lebih mendalam. Namun, meleset jauh prediksinya.

"I'm sorry, Rose. But, I don't share the same feelings for you."

Suasana hening sejenak.

"You're a great person, Rose. But, I'm just not in a place where I can offer what you're looking for." Zariel sedar, kata-katanya itu sedikit sebanyak melumatkan sekeping hati milik Rose. Akan tetapi, dia tiada pilihan lain selain berterus-terang tentang perasaannya terhadap wanita itu.

4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIELWhere stories live. Discover now