"SO, Tuan Muda..."
"Just Zariel. Let's save the formalities for work hours only." Tenang Zariel bersuara. Kurang selesa tatkala panggilan itu digunakan di luar waktu bekerja.
Perlahan-lahan bibir Rose melengkung ke atas. Entah kenapa, dia suka apabila Zariel sendiri tidak meletakkan jurang antara mereka sekaligus membuka ruang buat Rose mengenali lelaki itu dengan lebih dekat.
"So, Zariel... you memang tak notice I ke masa you tegur I awal tadi?" Usai bertanya, chamomile tea dicicip.
Zariel mengerutkan sedikit dahinya, mengamati wajah jelita Rose di depan mata. Nada wanita itu kedengaran seperti mereka pernah bertemu sebelum ini. Akan tetapi, di mana?
"Have we met before this?"
"I dah agak... you mesti tak ingat I. Sebab tu, you buat tak tahu je tadi." Bibirnya mencebik sedikit, nada terkilannya jelas di pendengaran Zariel. Dalam masa yang sama, Rose mahu menguji reaksi lelaki itu.
Di dalam kepala, ligat Zariel memutar kembali segala memori yang mungkin mengaitkan mereka berdua. Namun, wajah wanita itu tetap kabur dalam ingatannya.
"Sorry, Rose. But, I tak ingat apa-apa."
Jika tiada apa yang penting untuk diingat, Zariel tidak akan menyemakkan isi memorinya untuk merakam apa yang berlaku di sekelilingnya. Termasuklah Rose Lydia. Wanita itu bukan orang penting dalam hidupnya sebelum ini jadi, kerana itu dia tidak mengenali Rose pada awalnya. Dia hanya tahu pertemuan mereka hari ini diwakili oleh anak tunggal Tan Sri Rashid.
Kecewa. Walakin, tidaklah Rose menunjuk rasa itu sejelas-jelasnya kepada Zariel. Wajahnya tetap dihiasi senyuman, seolah-olah bicara jujur Zariel itu tidak memberi kesan kepadanya.
"I kawan Helena. Kita pernah berjumpa masa wedding Wafiq and Intan. Masa tu, you sombong sangat. Pandang I pun tak sudi." Di hujung kata, Rose ketawa kecil.
Semerta, fikiran Zariel cuba menyusun kepingan memori sewaktu majlis resepsi Wafiq berlangsung tempoh hari. Ya, baru Zariel teringat, Helena ada memperkenalkan Rose sebagai temannya kepada dia dan Remy. Waktu itu. Zariel tidak memberikan sepenuh perhatiannya kepada Rose dan kerana itu, dia menyangkakan ini adalah pertemuan pertama mereka.
"Sorry, I was preoccupied that day." Zariel senyum tipis, menjadikan kesibukan sebagai alasannya. Hakikatnya, dia tidak berminat hendak berkenalan dengan Rose kala itu. Bagi Zariel, tiada keperluan untuknya mengambil peduli tentang orang lain.
"It's okay, I faham." Meski alasan Zariel itu sukar untuk diterima dek hati, namun, Rose cuba untuk memahami.
Dan buat seketika, sepi bertandang antara mereka. Zariel leka bersama gajet di tangan manakala Rose, mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu. Terasa sedikit kekok apabila masing-masing sekadar mendiamkan diri. Mahu mengharapkan Zariel yang membuka mulut dahulu, perkara itu hanya akan berlaku di alam mimpi. Akhirnya, Rose berdehem kecil sambil membetulkan duduk.
"Boleh I tanya you satu soalan? But, it's a somewhat personal question."
Angkat kepala, Zariel memusatkan penglihatannya kepada Rose yang sedang tersenyum manis memandangnya. Tertanya-tanya, soalan apa yang mahu diajukan kepadanya. Lantas, Zariel mengangguk, memberi isyarat kepada Rose untuk meneruskan pertanyaannya.
"You dah ada someone special? I mean... are you seeing anyone?"
Bingo! Apa yang bermain dalam minda sememangnya mengena sasaran. Seperti yang Zariel jangka, tiada soalan lain yang akan ditanya melainkan...

YOU ARE READING
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL
Romance*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-t...