*Done double update bab 16&17. Korang yg belum vote previous chapter, silalah berbuat demikian. Hadiahnya, saya update laju-laju*😅
•••
KELETAK-KELETUK bunyi kasut tumit tinggi itu menghentak lantai, memecah hening pejabat yang tadinya lengang. Beberapa kepala pekerja di situ terangkat, sekilas memandang si empunya langkah. Masing-masing meneguk liur, perlahan-lahan menyorok kembali kepala mereka persis kura-kura yang diancam nyawanya. Ada yang cuba menjeling dari ekor mata, tetapi pantas dialih semula pandangan. Bimbang ditangkap sedang memerhati.
Tok... tok!
Jari runcing dan halus itu mengetuk permukaan meja kerja seseorang. Sejenak, Amar menelengkan sedikit kepalanya seraya berdecit kecil sebelum mengangkat muka dan melemparkan senyuman manis.
"Good morning, Cik Hani... What can I do for you?" Tenang Amar bertanya, penuh berfomaliti.
"I nak jumpa Zariel. Dia ada?" Bibir bergincu merah itu laju melontar pertanyaan. Sekejap-sekejap dia menjeling jenang pintu tinggi itu.
"Cik Hani ada buat appointment untuk perjumpaan hari ini?"
Merengus geram, tas tangan yang dibimbitnya dihentak kasar ke atas permukaan meja Amar. Mata Hani mencerlung tajam, seolah-olah sedang memburu mangsa di depan matanya. Lelaki itu seperti tidak kenal dengan perangainya, malah dengan muka toya Amar berani memetik suis kemarahannya.
Staf-staf di situ mula memanjangkan leher, mahu menonton drama yang bakal bermula.
"Sejak bila pula I kena buat appointment untuk berjumpa dengan boyfriend I sendiri?" Kasar Hani menyoal. Darahnya menggelegak hingga ke kepala.
Amar menjunjut nafas, cuba menahan sabar dengan karenah Hani.
"Maaf, Cik Hani. Itu memang SOP di sini. Tak kira siapa pun, semua perjumpaan perlu melalui temu janji yang dah ditetapkan." Senyuman palsu tak lekang di bibir.
"Boyfriend Cik Hani, Tuan Zariel tu, tak ada bagitahu Cik Hani fasal prosedur ni?" tambah Amar, sengaja menyindir Hani. Boyfriend konon! Meluat Amar mendengarnya.
Mendengarkan sindiran itu, semerta Hani bercekak pinggang. Apatah lagi telinganya dapat menangkap bunyi tawa halus dari celah-celah kubikel. Merah padam wajah Hani kala ini.
"Hey! Berani you..."
Tidak sempat makian yang bergulung di hujung lidah melanton keluar, lensa matanya tertancap pada seorang gadis yang baru melepasi daun pintu pejabat Zariel. Gadis asing itu turut memandang ke arahnya dengan riak bersahaja, sedikit pun tidak peduli dengan ketegangan yang sedang berlaku.
"Hey, you!" Suara nyaring Hani memenuhi ruang.
Seroja yang terpinga-pinga hanya mampu mengerutkan dahi. Jari mengunjuk kepada diri sendiri.
"Err... saya ke?"
"Yes, you!" Bersama tumit tinggi yang mengetuk lantai, Hani meluru ke arah Seroja dengan wajah yang tiada manisnya.
Melihatkan Hani yang mula naik tanduk, lekas Amar bangun dari tempatnya. Sudah masak dengan sikap Hani yang gemar membuat kecoh. Kalau tidak dikawal, satu pejabat ni boleh jadi huru-hara.
"Bawa bertenang, Cik Hani..." Amar cuba menyusup masuk di antara mereka, tangannya diangkat sebagai isyarat menenangkan keadaan. Namun, Hani sedikit pun tidak menghiraukan Amar, tumpuannya penuh diberikan kepada Seroja.
Terkebil-kebil Seroja memandang wanita elegan yang kini berdiri tegak di hadapannya, bersilih ganti dengan Amar di sisi. Dan yang menjadi tanda-tanya di dalam benak Seroja tika ini, kenapa wanita itu kelihatan sangat marah?
![](https://img.wattpad.com/cover/372602240-288-k867589.jpg)
YOU ARE READING
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL
Romance*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-t...