BAB 10 | HIS POSSESSION

342 55 8
                                    

MATA melingas memerhati sekeliling ruang sederhana besar itu lalu tertumpu pada dinding yang hampir pudar warnanya. Meski rumah ini tidaklah besar mana namun, Seroja sudah cukup puas hati dan bersyukur kerana masih punya tempat untuk berteduh.

"Kenapa Seroja berdiri tegak kat pintu tu? Mehlah duduk. Rumah akak ni biasa-biasa je. Maaflah kalau Seroja tak selesa." Soadah berbasi-basi seraya mempelawa Seroja duduk di sebelahnya.

"Eh, apa pula tak selesanya, kak... Cantik apa rumah akak ni. Siap ada bunga lagi atas meja tu ha. Lagipun, Seroja ni menumpang aje... Nanti, Seroja dah dapat gaji pertama, Seroja hulur dekat akak sikit, ya? Buat bayar duit sewa rumah ni." Punggung dihenyak di atas sofa lusuh milik Saodah. Tanpa segan, kepalanya diletokkan di atas bahu Soadah yang sedia dianggap seperti kakak.

Seroja dan Saodah sememangnya rapat sejak Seroja kecil lagi. Waktu dulu, setiap kali Seroja mahu pulang dari sekolah rendah, Soadah sudah siap menunggunya di hadapan pagar sekolah bersama basikal kesayangannya. Sambil Saodah membonceng Seroja, berbagai-bagai jenis cerita mereka akan bualkan. Disebabkan itu, mereka kelihatan sangat rapat. Selepas Saodah menamatkan pelajarannya, wanita itu mula berhijrah ke Kuala Lumpur demi kelangsungkan hidup. Walaupun jarak memisahkan mereka, hubungan baik itu masih kekal terjalin sehingga ke hari ini. Kerana itu, Seroja tidak kekok ketika bersama Saodah.

"Ini cubaan nak ambil hati ke apa?" Sebelah kening Saodah menjungkit hairan. Budak seorang ni bukan boleh percaya. Kalau bab bermanis mulut atau pujuk-memujuk, serah ajelah dekat Seroja.

"Dak aih! Seroja ikhlas ni!"

"Lagutu, hang bayaq kat akak lima ratuih sebulan. Boleh dak?" Saodah simpan senyum. Geli hati mendengar slang utara yang dibuat-buat oleh Seroja itu. Buruk bebenor bunyinya.

Lekas Seroja menegakkan postur tubuh. Lima ratus sebulan? Mak aih! Kak Saodah ni nak cekik darah ke apa?

"Err... boleh minta diskaun sikit tak, Kak Odah?" Kepala digaru perlahan. Mula timbul perasaan bersalah.

Tawa Saodah melatari suasana di situ.

"Akak gurau jelah... Seroja duduk aje kat rumah ni diam-diam. Tak payah fikir semua perkara tu. Seroja datang sini sebab nak kumpul duit untuk bayar kos pembedahan Cik Hajar, kan? Jadi, Seroja fokus dulu pada tujuan utama Seroja datang ke sini. Kerja rajin-rajin. Bos akak tu selalu perhatikan pekerja dia. Kalau dia nampak orang tu rajin bekerja, nanti dia bagilah duit poket lebih. Siapa aje kan yang tak nak extra income? Cuma malas atau rajin jelah pengukurnya..."

Entah apa yang patut Seroja rasakan sekarang, dia tidak pasti. Perasaannya bercampur-baur. Antara sebak dan gembira, kedua-duanya saling mendominasi.

"Akak suka buat Seroja terharu, kan? Sama je macam Abang Wan tu... Eh! Seroja lupa nak inform Abang Wan yang Seroja dah sampai KL. Aduh... kejap lagi mulalah dia mengata Seroja ni nyanyuk." Menggagau tangan Seroja menyelongkar beg sandangnya. Jumpa barang yang dicari, semerta bibir melengkung ke atas.

"Bukan main lebar lagi senyum tu... Seroja dengan Irwan tu, ada apa-apa ke?" Saodah menyelesakan duduk menghadap Seroja.

"Hisy, akak ni... akak jangan nak macam-macam eh!" Lekas Seroja menyimpan semula telefon bimbit ke dalam beg. Kak Odah ni, dah mulalah tu mahu mengorek cerita.

"Lah... apa salahnya kalau kau orang berdua bercinta pun? Irwan tu, baik apa? Hensem pun hensem. Senang kata, memang sesuailah dengan Seroja." Saodah tak habis lagi mahu mengusik. Terpandangkan muka asam kelubi Seroja, dia bantai ketawa.

"Kalau akak nak tengok Seroja kena libas dengan Cik Lijah, beranilah akak cakap macam tu depan dia. Silap haribulan nanti, dengan akak sekali kena pepah dengan mak singa tu." Buat sekian kali, Saodah mengekek sehinggakan nafasnya menjadi pendek. Membayangkan cerita rekaan Seroja itu saja sudah mampu menggeletek ulu hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIELWhere stories live. Discover now