"SEMUA sekali sepuluh ringgit." Seroja melemparkan senyuman nipis, meskipun riak lelah jelas terpancar di wajahnya.
"Terima kasih... Datang lagi, ya?" Suaranya sudah hampir hilang setelah melayan pelanggan tanpa henti.
Pelanggan tersebut hanya mengangguk kecil, membalas senyuman Seroja sebelum melangkah perlahan keluar dari restoran.
Seketika, Seroja melepaskan keluhan. Berat bunyinya. Tubuh yang terasa sengal, lekas dipicit. Mata melirik ke arah jam dinding. Jarum pendek sudah hampir ke angka sepuluh. Masih ada sejam lagi sebelum restorannya tutup, tapi kaki sudah terasa seperti mahu tumbang.
"Seroja okey ke?" Perlahan Saodah menepuk bahu Seroja.
"Okey je, kak... Cuma letih sikit." Gontai Seroja menganggukkan kepalanya. Lesu semua sendi dalam tubuh.
"Pergilah balik dulu, Seroja. Akak tengok Seroja pun macam dah tak bermaya je." Lantas, Saodah menarik sebuah kerusi dan meletakkannya di depan Seroja. Tangannya mendarat lembut di bahu gadis itu, memberi isyarat supaya Seroja duduk.
Akur dengan arahan itu, Seroja melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Takpe, kak. Seroja tak nak menyusahkan kawan-kawan yang lain. Diaorang pun tengah sibuk. Nanti apa pula yang mereka fikir..."
Seroja enggan dilabel suka mengambil kesempatan hanya kerana Saodah ialah kakak angkatnya. Walaupun hubungan mereka akrab, Seroja sedar kedudukannya di tempat kerja tetap sama seperti pekerja lain. Jika Seroja menerima perhatian lebih daripada Saodah, pasti ada yang kurang senang melihatnya. Tidak mahulah nanti ada yang mengata Saodah memilih bulu atau bersikap berat sebelah.
"Tuan Zariel tahu Seroja masih bekerja dekat restoran ni?"
Kelopak mata Seroja terangkat sedikit tatkala nama itu diseru.
"Tak... Seroja tak ada bagitahu dia. Lagipun, Tuan Zariel bukan ada kena-mengena dengan kerja Seroja ni."
Menggeleng Saodah setelah itu. Terus paha Seroja dicubit manja, membuatkan gadis itu mendecit kecil lalu menarik muncung panjang. Eii... Kak Odah ni! Sikit-sikit nak cubit orang!
"Memanglah Tuan Zariel tu tak ada kena-mengena tapi, sekurang-kurangnya Seroja bagitahulah dia. Buatnya esok lusa Seroja terlambat datang kerja, Seroja nak bagi alasan apa dekat dia? Penat? Penat sebab buat apa? Kerja Seroja cuma bancuh air dan bersihkan pejabat dia je, kan? Seroja rasa, Tuan Zariel boleh terima alasan tu?" Saodah menjungkit kening, sengaja bikin ruang fikiran Seroja sesak menimbang-tara kemungkinan itu.
"Hisy, Kak Odah ni! Ada pulak cakap macam tu. Buatnya masin mulut akak, tak ke haru Seroja esok pagi? Tuan Zariel tu kalau dah start membebel, boleh tahan pedih jugalah telinga Seroja ni dengar."
Langsung tegak postur badan Seroja. Ngeri membayangkan wajah ketat Zariel yang serupa T-Rex. Itu belum lagi jika Zariel melontarkan ayat-ayat pedas yang menusuk ke kalbu. Hati Seroja yang kental pun boleh jadi kecut-sekecutnya.
Melihat akan reaksi Seroja yang jelas gelisah, Saodah menggeleng perlahan seraya tertawa kecil. Tahu takut!
"Akak cuma ingatkan Seroja aje... Tapi, takut juga Seroja dengan Tuan Zariel tu, ya?" Terjungkit-jungkit kening Saodah diiringi senyuman mengusik. Seronok benar melihat wajah Seroja yang mula kelat.
"Bukan takut... tapi, hormat." Ada saja ulas bibis itu mahu membidas. Dijeling Saodah dengan hujung mata.
"Iyalah, hormat..." Meleret-leret nada Saodah, mengejek Seroja dengan sikap tidak mahu kalahnya. Dari kecil sampai ke besar, masih mahu buat keras kepala.
![](https://img.wattpad.com/cover/372602240-288-k867589.jpg)
YOU ARE READING
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL
Romance*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-t...