BAB 15 | WMTZ

1.2K 140 19
                                    

SEPI.

Baik Zariel mahupun Seroja, masing-masing masih mengunci bibir. Seroja cuba mengalihkan perhatiannya, meneliti setiap sudut ruang pejabat Zariel, cuba mencari fokus untuk menenangkan ribut yang semakin membingit di dalam dadanya.

"So, kau dah tahu belum apa yang kau kena buat sebelum aku masuk ofis?"

Buat sekian kali, Seroja memejamkan kelopak mata. Terkejut tatkala suara Zariel tiba-tiba menyapa. Kalau hari-hari dia disergah begini, boleh sakit jantung dibuatnya.

"Kau kenapa? Sakit mata ke?" Melengkung alis Zariel. Dari awal tadi dia perasan Seroja kerap memejam matanya. Kalau dah tahu sakit, buat apa datang kerja?

"T... tak. Saya o... okey." Ah, sudah! Datang pulak penyakit gagapnya.

Zariel menghembus nafas. Terus dia bangun, mengambil cawan dan jug yang berisi air kosong.

"Minum ni." Gelas dihulur kepada Seroja, memberi isyarat agar wanita itu membasahkan tekak terlebih dahulu.

Lekas Seroja mencapai gelas yang dihulur lalu diteguk air di dalamnya sehingga habis. Fuh, lega!

"Macam terbalik. Patutnya kau yang sediakan air untuk aku, bukan aku yang sediakan air untuk kau." Punggung dilabuhkan semula di atas sofa dengan gaya santai seiring tangan dilipat ke dada, merenung Seroja yang kebetulan turut mengalihkan penglihatan ke arahnya. Mata Zariel turun melihat cebikan di bibir merah jambu Seroja. Amboi, tengah melawan ke apa tu?

Eleh, Zariel ni. Itu pun nak berkira. Bengang pula Seroja jadinya. Seketika tadi, dia hampir dilanda gemuruh yang datang tanpa amaran, namun semuanya hilang begitu sahaja. Kini, yang ada cuma rasa meluat yang bertambah kuat, menggantikan segala rasa gugup yang awalnya mendominasi diri.

"Sorrylah, Tuan Muda. Saya kan budak baru. Kenalah bagi tunjuk ajar sikit. Kiranya tadi tu Tuan Muda dah buat demonstrasi dekat sayalah..." Laju mulut Seroja membidas. Sengaja dia menekan gelaran Zariel itu. Biar sama-sama sakit hati.

Terbelalak bola mata Zariel setelah dibedil begitu. Wah, wah, wah! Baru masuk kerja dah pandai tunjuk taring. Namun, tidak pula Zariel menyelar kembali.

"Sekarang ni aku nak tanya, kau dah tahu atau belum tugas Kak Jue sebelum dia berhenti? Amar ada beritahu kau atau tidak?"

Dengan penuh bersemangat, Seroja mengangguk. Amar ada memberitahunya dari A hingga Z segala tugas Kak Jue. Puas jugalah Seroja mengingatinya. Mujurlah ada Saodah yang sudi membantunya malam tadi. Love you, Kak Odah!

Pertama, sebelum Zariel aka Tuan Muda Seif Zariel sampai ke pejabatnya, secawan kopi panas perlu tersedia di atas meja. Tidak boleh sejuk dan tidak boleh suam, mesti tepat seperti yang Zariel suka. Kalau tak, Seroja perlu membancuh kopi itu semula. Jadi, dia tak ada pilihan lain selain harus bijak menilai kedatangan Zariel ke pejabatnya. Huh, mengada-ngada betul!

Kedua, ruang pejabat ini kena sentiasa dalam keadaan bersih dan wangi. Setiap sudut mesti kemas, buku-buku, fail-fail yang berselerak perlu dirapikan. Tak boleh ada sehelai kertas pun terselit di tempat yang salah. Segala-galanya perlu berada dalam keadaan rapi dan sempurna.

Ketiga, ini yang paling menjadi kepantangan Zariel. Tak ada seorang pun pekerja di sini dibenarkan untuk datang lewat tanpa sebab yang munasabah, termasuklah Zariel sendiri. Pernah sekali, seorang pekerja terlewat lima minit, dan Zariel langsung tidak berkompromi. Langsung Zariel mengadakan mesyuarat mengenai etika semasa bekerja. Terdiam semua orang yang menghadiri mesyuarat tersebut.

Hampir setiap waktu mulut Seroja ternganga semasa mendengar cerita Amar. Zariel punya cerewet bukan biasa-biasa lagi dah ni. Ini dah tahap dewa punya cerewet! Ceit!

4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIELWhere stories live. Discover now