🍀Episod 1

17 0 0
                                    

LAPANGAN TERBANG KUALA LUMPUR.

Seorang wanita kelihatan tergesa- gesa keluar dari perut teksi sebaik sahaja teksi itu berhenti di hadapan pintu lapangan terbang. Selesai membayar tambang teksi. Pemandu teksi menggeleng melihat perangai wanita itu.

Dia egera mencapai beg tangan dan beg bagasi lalu berlari ke arah pintu utama bangunan . Mahu menguruskan tiket. Dalam hati, kesalnya bergumpal. Kalaulah beli tiket melalui pesanan terus di internet, tak perlu susah- susah. Tak perlu ke kaunter untuk pemeriksaan tiket lagi.
Dalam keadaan terkocoh- kocoh itu, sekejap melihat jam tangan, sekejap melihat papan tanda, ke mana harus kaki ini melangkah  . Risau tersalah masuk kawasan pula.

Tiba- tiba, Rania terlanggar bahu seseorang.

"Hei, excuse me! Tak nampak orang ke?"  Spontan suara seseorang mencecah di telinga Rania. Dia terkejut . Suara lelaki itu telah menyedarkan dia terlanggar bahu lelaki muda itu. Tapi matanya masih liar melihat itu ini.

Ganasnya. Hati lelaki itu bersuara. Wajah gadis betul- betul berada di depannya. Masih terpusing- pusing mencari sesuatu. Manakala dia pula tunduk mencari kotak kecil yang terlepas dari tangannya tadi.

" Maaf, encik. Saya tak sengaja. Saya nak cepat ni, kejap lagi pesawat nak berlepas"

Lelaki itu terus panggung kepala.

" Cantiknya."bisik hatinya.

Rania hanya memandang sekali imbas sahaja wajah lelaki yang dilanggarnya tadi. Dia mahu berlalu namun tersepak sesuatu. Pantas dia menunduk lalu mengambil kotak kecil yang dia percaya milik lelaki itu. Rania menghulur kotak itu tapi tiada sambutan.

Bagaikan dipukau. Lelaki berkaca mata hitam itu terkaku dan bisu sebaik sahaja  wajah gadis di hadapan ini hanya beberapa inci dari tubuhnya. Niat untuk membebel dan melenting secara tiba- tiba.

Rania tak penduli dengan renungan lelaki itu. Dia risau kalau tertinggal pesawat . Tiada senyuman di bibirnya. Dia sedar dirinya bersalah.  Lelaki itu pula tidak berkata apa- apa. Kotak kecil diberikan kepada Mark.

Tanpa mempendulikan lelaki itu, dia terus berlari menuju ke ruang pemeriksaan tiket dan bagasi. Risau terlambat walaupun dia punya masa 20 minit lagi  daripada masa penerbangan. Lelaki itu tergamam sekali lagi. Hanya memerhati sahaja.

" Cik wait! Aduh, aku patut tanya nama dia tadi. Hesy!" Mark menggaru kepalanya yang tak gatal.

Selesai membuat pemeriksaan, Rania berjalan menuju ke ruang berlepas pula. Lega. Setelah dua hari berada di ibu kota,  hari ini dia akan pulang ke tanah air semula.

Sesaat, Rania menoleh belakangnya sepintas lalu. Lelaki muda yang dilanggar tadi masih memandangnya. Namun, dia tak menghiraukan renungan di sebalik kaca mata hitam itu dan berjalan pantas.

" Hisy! Macam tak pernah nampak perempuan"  Rania menggerutu geram. Meluat sungguh dengan gelagat lelaki berkacukan Amerika itu.
.

" Hei! Kau jemput aku ke? Wow...baiknya hati kau"
Alvin gelak dengan lagak tak percaya. Terserempak ketika matanya meliau mencari tandas.

" Mark!!" Alvin bingung pula. Ini kebetulan atau memang nak jemput aku ni?

" Hei!" Alvin tepuk bahu Mark.

Mark Yien tersentak. Kawan baiknya itu yang baru pulang dari luar negara atas urusan kerja dipandang sekali imbas. Matanya masih pada gadis cantik yang hadir sekelip mata di hadapannya tadi.

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now