Alhamdulillah, Mark sudah semakin sembuh. Rania pula semakin sarat dan dapat merasakan tendangan bayi di dalam perutnya semakin aktif menendang. Sungguh, tidak ada apa yang dapat menggambarkan perasaan Rania sekarang ini.Rania takut akan jadi sesuatu pada bayinya nanti. Dan dia juga takut sekiranya dia tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik. Rania cuma mampu berdoa kepada Allah agar segalanya dimudahkan oleh- Nya.
Saat bibir hampir bercantum ,tiba- tiba dia terasa ada tangan yang mendarat di kedua belah bahunya. Rania terkejut namun apakan daya, tidak boleh mengelak lagi.
Kemudian mata bertentang mata.
" Kenapa sayang lambat balik? Abang risau tahu tak, sayang kan tengah sarat. Doktor kan dah pesan Rania kena rehat secukupnya. Tak perlu lah susahkan diri sayang pergi pejabat. " ujar Mark lembut bersama senyuman yang menarik. Rania masih kaku. Sudahnya, dia menundukkan wajahnya.
" Hm, maaflah. Rania kena siapkan kerja sebelum bersalin ni.." balasnya.
Mark paut dagu isterinya. Pandangan bertemu lagi. Rania gugup.
" Abang cintakan Rania. Tak ada siapa di dunia ni yang boleh mencuit hati abang ni kecuali sayang sorang tau."
Rania menatap redup wajah suaminya.
" Abang tak perlu jawapan sekarang . Bila- bila masa pun Rania boleh jawab sebab Rania dah jadi isteri abang."
Mark menarik lembut tubuh Rania ke dalam pelukannya. Didakap erat seolah- olah tidak mahu dilepaskan.
" Maafkan Rania.." Sudah mula serak basah dek sedu sedannya.
Mark mengerutkan dahi. Mereka meleraikan pelukan. Mark bangun dan duduk di sofa. Manakala Rania duduk bersimpuh di sisi sofa sambil menunduk. Mark pegang tangan Rania.
" Pandang abang, sayang.."
Perlahan- lahan Rania mendongak mencari wajah Mark . Rasa bersalah menikam sekeping hati yang jujur ini.
" Abang yang sepatutnya yang minta maaf . Bersikap kasar dan bertindak tanpa kerelaan Rania. Kejam kan? Abang ambil kesempatan di mana akhirnya Rania terpaksa kahwin dengan abang. Lelaki yang langsung tak kenal. Entah ada entah tak dalam sejarah perkhawinan di Malaysia ni.." Mark gelak kecil pula. Tawa Mark dibalas dengan senyum Rania.
" Maafkan abang ya, sayang. Abang janji tak akan bertindak macam malam tu."
Genggaman kian erat. Rania merasainya. Syukurlah, Mark sudah sedar dengan kesilapannya.
" Kenapa?" Mark hairan.
" Rania dah lupakan perkara tu.."
Mark senyum memandang isterinya .
" Abang jugak..mesti janji tak akan sentuh dan buat perkara yang bukan- bukan terutama yang dilarang Allah. Janji ya? Rania takutlah. Abang garang kalau lupa diri,terhuyung- hayang tu. Orang tak waras maknanya gila lah kan. Rania tak nak lah jatuh cinta dengan orang gila." Nada Rania manja pula.
Kemudian Mark ketawa kecil. Akhirnya tawanya kian galak dan berlarutan. Isterinya ini sudah beri klu, tidak akan serahkan cintanya kalau dia melakukan perkara yang menjelekkan .
Rania pelik.
" Abang...kenapa ni? Nanti semua orang bangun tau. Perlahan lah sikit. Kita cakap betul- betul , dia main- main pulak."
" Sejuk pulak hati ni bila dengar sayang panggil ' abang' . Boleh tulis dalam diari ni, hari apa dan bila tarikhnya . Abang sangka, abang akan kempunan nak dengar panggilan tu."
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...