🍀Episod 14

9 0 0
                                    


" Majlis apa ni?" Mark bertanya pada Alvin di sebelah.

" Entah, aku pun tak tahu. Sabrina jemput, datang ajelah" balasnya dengan riak wajah cuak.
Ada beberapa pasangan lain. Dia toleh kanan dan kiri.

Sabrina bersungguh- sungguh mengajak Mark dan Alvin. Maka saat ini dia terpacak juga di hadapan rumah wanita itu.

" Bro, bergetah lagi si Sabrina tu ya." Alvin menjuih bibir tatkala terpandang Sabrina sedang melayan tetamu.

" Terliur aku."

Mark sudah menunjuk wajah menyampah. Menjengkelkan sungguh kawannya itu. Tidak berubah. Terhegeh- hegeh nak ikut dia turut rimas. Kalau ikutkan hati tidak sudi membawa Alvin ke sini.

" Hai.." Sabrina menghampiri dengan lenggok yang menggoda. Manis dengan pakaian yang moden tetapi sopan.

" Hai." Sapa Mark mesra.

" You pun ada Mark ." Sabrina jeling Mark.

" Teringin nak berparti, maklum lah dah lama kena ikat."

Mark menyengih sahaja. Faham benar sindiran kawannya itu. Sejak beristeri ini, langkahnya terikat sekejap. Kini dia gian semula untuk berhibur dan berlagak bujang semula.

Sabrina gelak tetapi meluat. Mark diam sahaja. Matanya masih liar memandang sekitar majlis . Sudah malas melayan gatal Alvin.

" You sorang aje?"

" Hmm..majlis macam ni, mana sesuai dengan wife I tu " Mana mungkin dia mengajak Rania kalau batang hidungnya belum muncul di Teratak Cinta. Janjinya esok . Esok juga dia berhasrat mahu bertemu Aisar buat pertama kali di Darul Najjah.

" Tak baik you cakap macam tu. Majlis ni bersih tau. Sombongnya bini you tu." Ujar Sabrina.

Mark senyum. Memang bersih di mata Sabrina dan kawan- kawannya itu tetapi dia tidak yakin tidak bersih di mata Rania.

" You buat majlis apa?" Tanyanya saat pandangan bertaut dengan anak mata Sabrina.

" You lupa? Sampainya hati " Manja. Dia tarik tangan Mark meninggalkan Alvin.

" Hai. Kenalkan, ni kawan I Mark Yien Tuan" Sabrina gembira dan bangga sekali.

Mark kalut seketika. Tindakan Sabrina sedikit mengejutkan. Membawanya ke ruang tengah lalu mengenalkannya pada semua yang hadir. Akhirnya, dia terpaksa memaniskan muka pada semua tetamu.

Kemudian, sebiji kek tiga tingkat dibawa ke tengah ruang oleh seseorang. Mark terdiam dan berdiri sahaja di sisi Sabrina. Hari ini ulang tahun kelahiran Sabrina. Dia betul- betul lupa semenjak Rania muncul dalam hidupnya.

Dia cuba lepaskan tangannya  namun Sabrina kelihatan kian mengemaskan pautan. Malah selamba sahaja.

Riuhnya suasana mematikan segala rasa di hati Mark kecuali berasa gembira . Sedikit tergamam apabila Sabrina menyuapkan sepotong kek dalam mulutnya.

" Isy! You ni , comot tau. Tapi cute tau, macam budak- budak " Masih manja . Kek yang tersasar sedikit dari mulut disapu oleh jari kecil Sabrina. Pandangan mereka bersatu seketika.

Sekali gus bayangan Rania melintas. Mark khayal seketika menatap wajah Sabrina. Tiba- tiba Mark mengusap pipi Sabrina. Bagaikan dia mengusap pipi Rania  . Kerana wanita itu pantang melihat mulutnya comot. Pantas sahaja mengusir saki baki di tepi bibirnya. Cuma berbeza caranya sahaja. Gaya Rania sedikit nakal.

" Ramai dah tu yang tunggu kek, tau" Seorang perempuan yang menyinggul siku Sabrina. Lemas melihat pasangan tersebut.

" Cepatlah" tegurnya lagi .

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now