" Huh! Suka- suka aje nak arah aku!" Mark berang sebaik sahaja tamat membaca mesej daripada Rania . Sakit hati apabila keretanya dibawa oleh Rania masih menebal." Ni kejap lagi ada meeting dengan Dato'Tan " Wajah Zoey muncul di muka pintu yang memang terbuka.
" Kau ni kenapa? Angin tak ada, ribut pun tak tapi senyap aje. " Dahi Zoey sudah berkerut. Alvin yang turut berada sama hanya menjongket kening pada Zoey.
" Jawab lah! Masih ada hati lagi ni. Bukan aku pekak pun"
Zoey dan Alvin di hadapan Mark. Jawapan itu sangat dingin dan kasar.
" Kau ni kenapa? Kepala dah masuk air?" Alvin tersengih- sengih.
" Apa kau cakap ni?"
" Alah..bini kau tak ada kan?"
" Hmm.." Masih dingin . Sekilas sahaja dia pandang wajah Alvin dan Zoey di hadapan. Selebihnya dia merenung kosong ke arah lain.
Alvin gelak tiba- tiba. Langsung tidak peduli pada Zoey yang menyepak kakinya.
" Mana kau tahu, dia tak ada?" Mark pelik pula.
" Agak je. Sebab kau bawak kereta Rania. Kau rindu isteri kau ya?" Alvin gelak lagi.
Mark hela nafas. Mual pula mahu mendengar andaian Alvin. Sememangnya betul dia terlalu rindukan Rania Arissa.
" Anak kau meninggal dah dua belas hari kan? Orang perempuan ni..status ibu macam bini kau tu, aku rasa mesti tak ada mood nak layan kau kan? Dah tu oustation pulak tu. Tu yang kau monyok aje ni. Lama sangat puasa" Alvin ketawa lagi.
Mark jeling Alvin. Rasa mahu tumbuk sahaja wajah kawannya itu. Semua nak ambil tahu. Semua nak buka topik panas begitu.
" Hmm.." Mark terus capai telefon. Bengkak hatinya dengan mulut celupar Alvin. Geram kerana andaian dari Alvin.
" Lisa, ambilkan fail ungu Dato' Tan atas meja lama saya." Arahnya lalu mematikan interkom. Sememangnya dia sudah berpindah bilik. Bilik Dato' Ethan dihuni olehnya, manakala biliknya dibiarkan kosong.
Melihat wajah Mark yang kelat, Zoey dan Alvin turut senyap. Tidak berani bersuara apa- apa lagi .
" Haih, mana pulak Lisa ni? Ambil fail ke buat apa tu?" Dia memberontak. Marah yang berbuku dilempiaskan kepada Lisa yang masih belum muncul. Interkom dicapai lagi. Namun tiada siapa yang menjawab.
" Lembap!" Pantas Mark berjalan keluar. Mahu ke bilik lamanya. Alvin dan Zoey hanya berpandangan
" Datang dah baran dia" Zoey menggeleng.
" Mungkin dia bergaduh dengan bini dia kut" celah Alvin pula.
Mark masuk ke dalam biliknya.
" Ada tak? Saya tunggu bagai nak rak, apa awak buat sebenarnya ni? Duduk senang lenang ke apa? Berangan nak jadi bos?" Mark menyergah Lisa yang duduk di kerusi.
Lisa bangun serta merta. Rasa nak melompat bila disergah . Bukan dia sengaja tetapi pening memikirkan di mana fail tersebut.
" Sudahlah! Semua tak boleh diharap! Keluar sana! Biar aku cari." Tinggi sahaja nadanya.
Lisa terkejut. Dia akur sahaja. Berdebar- debar dadanya melihat perangai gila lelaki itu.
Mark berang.
" Mana pulak ni? " Dia bingung pula. Semua barang di atas mejanya sudah dilihat.
Kemudian dia bongkar pula laci meja satu persatu. Di selak - selak tapi hampa. Mark tambau berang. Laci dikeluarkan dan terus menuangkan isinya di atas meja.
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...