Sudah sejam dia berkurung di dalam bilik kerana sudah puas menangis. Dia bangkit dari katil juga. Melihat rupa diri yang buruk . Rania menunduk di hadapan meja solek lalu menengkup muka dengan kedua belah tapak tangannya.Sesaat suara riang kanak- kanak kedengaran. Wajah Elric terus tertandang di ruang mata dan minda. Dia menjenguk ke tingkap. Rindu seakan- akan tidak boleh dipisahkan. Dia tidak sabar melihat kecerian anaknya.
Sebaik berdiri di depan tingkap, Rania lihat Elric berhenti bermain. Sebaiknya terus terpaku diam dan senyum kepadanya.
Rania terkebil- kebil. Pantas dia menyelak langsir yang menutupi tingkap itu.
Elric melambai- lambai tangannya. Rania membalas. Dia letak tapak tangan di dada menahan rasa hiba. Elric, mama sayang anak mama.
Tiba- tiba Rania cemas. Lambaian tangannya terus kaku. Dia lihat Elric berjalan perlahan- lahan ke arah pintu pagar sambil melambainya.
Dia lihat kenderaan bertali arus di luar sana." Elric! Elric, jangan pergi sayang. Banyak kereta!"
Rania tambah kaget. Elric Klyer terus berjalan . Terus tersenyum. Si kecil itu riang.
" Ya Allah, anak aku! " Rania terus meluru keluar dari bilik. Ketika itu dia terserempak pula dengan Irham. Dia tidak peduli, terus berlari menuruni anak tangga . Tidak peduli sesiapa!
" Rania, kenapa ni? Kau nak pergi mana ?" Tanya Irham pelik.
" Elric dekat luar. Dia lari ke luar pagar." Beritahu Rania cemas dan tanpa menoleh wajah Irham di tingkat atas.
Raut wajah Irham jelas terkejut. Bertemu pandang pula dengan isterinya di tingkat bawah. Mereka bingung.
" Kenapa?" Melly yang baru keluar dari bilik mula berasa pelik. Kedengaran kecoh sahaja. Waktu itu Rania sudah hampir dengan pintu utama.
" Myla, halang Kak Rania!" Jerit Irham dari tingkat atas. Kemudian Datin Grace terus keluar dari bilik terdengar deruman enjin kenderaan.
" Kak Rania, kenapa ni?" Melly merapati kakak iparnya.
" Tadi, akak nampak Elric nak keluar. Sekarang ni dia dah tak ada. Dia kena culik agaknya." Rania resah. Sangat ketara. Dia langsung tidak pandang wajah Melly.
Air mata semakin lebat menuruni pipinya. Rania terus terduduk di atas lantai itu.
Semua mata menumpu padanya . Rasa terkilan mereka terus pergi. Datin Grace hanya memerhati. Bukan tiada simpati tetapi rasa geram pada Rania masih tersisa di hati.
" Rania, tenang okey. Kita masuk ke dalam dulu." Irham memujuk. Dia cuba pimpin sahabatnya itu.
" Kau kata,tenang?" Rania tepis tangan Irham.
" Elric dah hilang, tau tak! Cepat telefon suami aku, Myla, Melly. Cepat telefon Abang Mark! " arah Rania bersama air matanya.
Semua terkebil- kebil. Senyap.
" Sekarang baru nak sedar?" Suara Datin Grace mencelah sinis.
Rania berpaling. Sedih di hatinya usah dicakap.
" Mommy, daddy dah tak ada. Rania minta maaf sebab tak prihatin tapi ni pasal cucu mommy. Tadi Rania nampak Elric di situ. Sekarang dah tak ada. Tak akan mommy tak sayang cucu mommy? Mungkin, Elric dah kena culik, mommy..." Rania berdiri di hadapan ibu mentuanya sambil menyentuh lengan wanita itu.
Datin Grace hanya diam. Seketika suasana menjadi pilu.
" Mommy, tolonglah Rania..." rayu Rania .
" Cucu mommy memang dah diculik."
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...