" Selalu ke sini?" Tanya Rania pada dua orang kawannya, Dhia dan Raisha." Tak lah selalu tapi dalam sebulan tu adalah" Sambil itu Dhia ambil topang ketiak Rania. Bimbang sahabatnya itu terjatuh pula. Dia berdiri di sisi Rania hinggalah dia duduk.
" Ekslusif tapi santai. Aku suka restoran ni."
" Kau tak pernah datang ke?" Raisya hairan.
Rania menggeleng sahaja.
" First time. Tu yang macam orang terpinga- pinga macam lepas keluar dari kandang pulak." Rania ketawa." Tapi memang pun macam terlepas kandang. Enam bulan terperuk kat rumah." Gumam Rania pula. Sayu hatinya.
" Orang JB pun pertama kali, apa da." Usik Raisya pula, tidak perasan kesayuan hati kawannya.
" Aku tak pernah lalu jalan Dato' Abdullah Tahir lah. Tapi selalulah nampak Hotel New York tu. Nampak dari jauh aje, maklumlah bangunan tinggi kan." Rania senyum. Dia lihat restoran Benafee Village dua tingkat.
" Ramai boleh muat ni. Kalau penuh, hampir seribu orang atas bawah. " beritahu Dhia yang menjadikan restoran ini kegemaran keluarga.
Malam itu Rania ceria dan sentiasa gelak bersama rakan- rakannya. Mereka berbual sehingga tidak sedar hampir menjejak pukul
12: 00 tengah malam.
.Tepat pukul 12: 05 tengah malam mereka beredar pulang.
" Sya, suami kau tak marah ke balik lambat macam ni?"
" Dia dah izinkan asalkan balik nanti belikan dia burger."
Rania dan Dhia gelak.
" Dah pukul berapa ni, kan tak balik lagi. Tak lapar ke cik abang kau tu?" Dhia pula bertanya.
" Sesekali aku lewat, apalah salahnya. Dia yang kerap lewat, tak pernah pulak aku merungut. Hari- hari aku masak untuk dia." Jawab Raisya selamba.
" Siapa tu Rania?" Raisya bertanya sebaik dia melihat ada tujuh orang bersembang santai di satu sudut.
" Oh tu..adik- adik ipar aku dan kakak ipar aku lah. " Kemudian dia tunjuk dan menyebut nama mereka satu persatu di Taman Idaman. Hanya Sofea isteri Michael yang tiada di situ.
" Akrab ye adik beradik suami kau. Mesra aje aku tengok. Kau untung, Nia."
Rania menoleh ke arah Raisya yang tekun memandang ke Taman Idaman.
" Kau teringat bekas laki kau yang tak guna tu?" Ayat Raisya selamba sahaja.
" Eh! Tak adanya aku nak bayangkan diri sebab dia lah. Aku cuma tak sabar nak masuk dalam keluarga pak we aku aje. Keluarga dia pun lebih kurang macam keluarga mentua Rania ni. Tapi lembap lah pulak pak we aku tu. Tak datang- datang meminang. Hisy! Dulu dapat yang tak ada pendirian, sekarang lembap pulak. Jodoh aku memang yang otak slow agaknya." Kata Dhia sambil geleng kepala.
Rania dan Raisya tertawa akhirnya. Reda tawanya, Rania minta diri. Hilang kereta Raisya di mata, dia berpaling untuk masuk ke dalam rumah.
Tenang menghampiri Taman Idaman, mereka saling menyapa. Mereka tahu kakak ipar mereka keluar bersama kawan- kawan.
" Mengantuk, masuk dulu." Rania terus berjalan melintasi Taman Idaman itu. Ketika berjalan, tiba- tiba, tongkat ketiaknya tersandung pada jubin yang pecah dan kopak lalu Rania tidak dapat menyeimbangi dirinya.
Dirinya yang hampir jatuh, disambut oleh Irham. Rania terpaku dan kelam kabut meleraikan tangan dan tubuhnya dari pautan Irham. Renungan Irham sedikit menakutkannya.
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...