" Eh! Aisar tak tidur lagi?" Mark hairan sebaik berpaling untuk masuk ke dalam bilik. Kemudian pintu gelangsar ditarik lalu menguncinya." Kenapa tak tidur lagi ni?" Tanya Mark apabila tiada jawapan daripada si anak. Dia mendapati Aisar.
" Rindu Tok Sa?"
Aisar menggeleng.
" Rindu kawan- kawan di Darul Najjah?"
Aisar geleng lagi.
Rindu mama? Hanya hatinya yang bertanya. Tidak sampai hati melihat anggukan daripada Aisar.
" Papa rindu mama ya?"
Mark bungkam. Aisar pula yang bertanya padanya. Pandangan mereka bersatu tanpa berkelip- kelip. Anak papa ni memang anak lelakilah. Boleh jadi kawan papa sebab tau aje perasaan papa ya. Hati Mark berbisik.
Dia mengakui akhirnya. Mengangguk.
" Tapi tak apalah. Mama ada urusan di kampung. Lagi dua hari, mama baliklah" Cepat dia memberitahu.
" Apa kata, kita pun balik kampung. Boleh join mama sekali." Kata Aisar. Dia rindukan mamanya.
Mark usap kepala Aisar.
" Mama ada kerjalah sayang. Kalau kita ikut mama pun, nanti kerja mama terganggu. Mama lagi marah pulak. Baik kita biarkan mama buat kerja mama. Nanti bila mama balik sini, kita buat strategi untuk ikat kaki mama. Biar mama tak boleh keluar rumah sesuka hati mama lagi. Biar mama dengan Aisar aje."Aisar ketawa.
" Kenapa?"
" Nanti papa cemburu pulak kalau mama dengan Aisar aje. Tadi pun papa dah rindukan mama kan? Tak malu dah tua cium- cium gambar mama" Aisar mengusik papanya.
" Dah tua?" Mark menunding jari ke dadanya. Pura- pura marah.
" Yelah, dah ada janggut macam Tok Sa" Dia sentuh janggut yang sejemput tapi kemas di dagu papanya.
" Oh..dah pandai kenakan papa ya,intai papa ya..." Mark geletek pinggang Aisar. Aisar lari. Mereka berkejaran dan dapat sahaja menangkap tubuh kecil Aisar, dia geletek lagi hingga Aisar tergelak gembira dan cuba lepaskan diri.
.Rania memerhati mesej yang dibalas oleh suaminya. Ringkas sangat.
Abang izinkan. Sampaikan salam abang pada ayah dan makcik.
Dia mengeluh.
" Ehem!"
" Mak cik!" Rania sedikit terkejut.
" Kenapa duduk seorang diri di pangkin ni? Malam hari lagi, tak takut ada babi?"
" Babi?" Rania terus toleh belakang dan kanannya. Dia pernah dikejar lembu. Pernah juga dikejar anjing. Babi belum pernah lagi. Takutnya!
" Haah. Belakang rumah kita ni kan kebun. Bersatu pulak dengan kebun kampung sebelah. Jadi berekar- ekarlah kebun di belakang tu. Babi dah berkampung dah. Sesekali dia datang. Kadang- kadang dia menyondol kat tepi- tepi rumah ni ha."
" Ya?" Rania terkejut. Dia mengangguk- angguk.
Kemudian mereka senyap. Masing- masing melayan perasaan.
" Ayah ada cerita dengan makcik pasal Aisar."
Rania terngadah tetapi diam. Dia tak pelik kalau Makcik Suriati dan ayah tahu. Kakinya yang terjuntai ditarik dan disila di atas pangkin.
" Mak cik tak tahu, apa sebenarnya yang berlaku antara Rania dan Mark. Kita lupakan kejap status isteri wajib taat dan berada di sisi suami."
Rania berpaling. Sedikit terkejut kerana lumrahnya orang kaitkan tanggungjawab isteri berada di sisi suami. Taat suami, setia dengan suami.
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...