🍀Episod 16

6 0 0
                                    

Geram. Rania menjeling pada Aisar yang duduk di atas katil Elric Klyer. Meraba- raba cadar tilam yang lembut  dan cantik. Pasti dia tidak pernah merasa!

Dia jengukkan kepala seketika mencari kelibat Mark. Tiada. Kemudian, dia palingkan semula ke tubuh Aisar yang membelakangkannya. Rania merenggus sakit hati. Aisar pula siap mengenjut tilam dengan punggung . Huh! Dasar anak pungut. Rasa terkilan dan kecewa terbawa- bawa pula.

" Jangan nak jadi orang jakun. Karang, roboh pulak katil anak a..." Dia hentikan perkataan ' aku' yang dilafaz di bibir . Tidak sampai hati pula.

Aisar terkejut. Henyakkan di tilam empuk yang tidak pernah dirasa sepanjang berada di Darul Najjah terus terhenti. Terkebil- kebil memandang mamanya yang serius keluar dari bilik air.

" Mahal katil tu, sopan sikit. Ingat, tu hak orang. bukan sendiri punya." Rania menyindir lagi. Dia tidak peduli.

Aisar terkejut dan terkebil- kebil melihat mamanya mencari sesuatu dengan membaling kain baju keluar dari almari. Perlahan dia kutip kain baju yang berselerak di lantai.

" Mana baju aku ni?" Rania separuh berbisik dan terus berpaling apabila gagal mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai. Sambil itu dia tercenggang melihat Aisar mengutip baju terakhir di lantai dan terus duduk bersimpuh di satu sudut. Melipat kain baju.

Rania terus diam. Hanya memerhati. Ada rasa sebak di hatinya. Sayu. Dia terus palingkan wajah ke arah lain.

" Aisar biasa lipat baju Aisar sendiri" beritahu Aisar walaupun tidak ditanya.

Spontan, Rania menoleh semula pada Aisar.

" Aisar tolong mama,ya?" Pinta Aisar sebaik pandangan mereka bersatu.

" Siapa mama kau?" Serta merta darah Rania menggelegak tatkala teringat itu anak Aileen dengan Mark!

" Dah! Pergi sana! " Badan Aisar ditolak dan kain baju di tangan Aisar dirampas. Berterabur lagi di ampaian. Rania tidak peduli. Aisar yang bagaikan dihukum hanya terketar- ketar takut. Tegak berdiri di hadapan Rania.

" Tunggu apa lagi? Bilik kau sana tu, ni bukan bilik kau. Ni bilik anak aku!" Badan Aisar ditolak lagi. Aisar tersembam jatuh.

Rania terkejut. Tidak menyangka  tolakannya bertenaga. Dia mahu mendekat tetapi kakinya kaku sebaik sahaja terpandang tubuh Mark di muka pintu bilik mereka dan bilik Elric Klyer. Suaminya dengar atau tidak, dia tidak peduli. Sebaliknya, dia terus memalingkan wajah.

Mark mendekat pada Aisar. Hanya tersenyum dan menolong anak itu bangun. Dia bertinggung di hadapan Aisar.

" Sakit?"

Aisar geleng.

" Papa tengok ya."

" Tak apa, papa. Tak sakit. Aisar terjatuh aje tadi."

Kepala Rania berpusing 90 darjah dengan serta merta. Bukan pandangan Aisar yang menyambutnya tetapi mata tajam Mark . Rania terkedu seketika.  Dek rasa bersalah, dia terus berpaling ke arah lain.

" Aisar dah tengok bilik ni?"  Tanya Mark. Dia tidak peduli pada Rania.

Aisar angguk.

" Bilik ni, dulu bilik abang Aisar. Nama dia Elric Klyer dan dia baru meninggal dunia. Sekarang, bilik ni...."

" Awak!" Rania dapat merasa apa yang Mark ingin beritahu.

Mark toleh seketika pada Rania seolah- olah tiada nafsu apa- apa. Dia pandang semula pada Aisar di hadapan.

" Papa serahkan pada Aisar. Aisar akan tidur di bilik ni mulai malam ni.."

" Mark, jangan nak memandai buat keputusan."

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now