🍀Episod 3

10 0 0
                                    


Ayah! Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat tahu orang yang memberi salam itu adalah ayah dan paksunya . Rania kalut seketika. Rasa serba tidak kena.

" Rania Arissa!"

Rania terkejut. Rasa gerum mendengar suara yang lantang.

" Nak kena dia ni? Dia nak aku mengamuk satu taman ni agaknya" Bebel Encik Rasyid tanpa kisah jiran sekeliling.

" Sabarlah bang.  Mungkin dia tengah solat atau mungkin mandi agaknya" Rahim cuba menenangkan abang.

" Kalau lima minit dia tak bukak pintu ni, tahulah nasib dia.  Aku tahu dia ada dekat dalam tu. Tu ha, kereta dia tercongak dekat depan tu"

" Cepat bukak pintu ni!" Pintu pagar besi digegar oleh Encik Rasyid.

Bergegas Rania menghampiri pintu pagar yang tombolnya sudah karat.  Dia terkebil- kebil di depan pintu pagar sebaik ruang menyelit diluaskan. Sekilas dia pandang ayah dan selebihnya hanya menunduk menahan gementar.  Namun dia hulur tangan untuk menyalami tangan orang tua itu.

Ayahnya bagaikan cacing kepanasan menanti Rania masuk ke dalam rumah. Rahim pula kelihatan tenang di sofa. Sebaik sahaja Rania masuk, ayahnya terus bersuara.

" Anak tak tahu malu! Kau sengaja nak sakitkan hati aku ya? Kenapa mati kan hanphone kau?" Sejurus itu tamparan di pipi Rania.

Rania terduduk di sofa. Namun tidak ada juga air mata yang mencemari kedua belah pipinya. Cuma matanya merah menahan sedih dan sakit hati.

" Kalau ikut hati aku ni, nak aje aku bunuh kau! " Tangannya pantas saja diangkat tinggi.

" Abang long, sabar! Cubalah mengucap tenang" Rahim menghalang abangnya yang ingin menampar Rania kali kedua.

Encik Rashid merengus.

" Rania, tak salah ayah, pak usu. Nia tak tahu macam mana ni boleh terjadi"

" Kalau dah berdua- duaan tu, apa pulak tak tahu? Cuba cerita kat aku . Kau ingat pencegah maksiat tu suka- suka nak tangkap kau haa? Mereka buat sebab ada bukti . Siapa lelaki tu?"

Rania senyap. Menunduk sahaja wajahnya.

" Cakap cepat! Biar aku parang dia. Ini rupanya anak Fatimah. Dulu, ibu kau bela sangat kau tapi tengoklah sekarang, hancur semuanya"

Rania masih diam lagi. Air mata sudah bergenang di tubir mata.

"Ayah tanya kau ni, pekak ke? Siapa lelaki tu jawab?"

" Nia ayah tanya tu?" Pak Usu cuba menjadi orang tengah. Belakang anak saudaranya diusap perlahan.

Rania rasa dilindungi.

" Nia tak tahu" Menjawab juga dalam sendu sedannya.

Ayah dan pak usu berpandangan. Serentak itu mereka pandang semula ke arah Rania.

" Eh, kau yang kena tangkap basah dengan dia, takkan tak tahu pulak?" Tegak Encik Rashid berdiri sambil mencekak pinggang.

" Apa yang Nia tau, dia..dia.."

" Dia, anak siapa?"

" A...anak Dato'Ethan."

Selagi lagi pandangan Encik Rashid dan Rahim bersatu. Pelik. Mungkin tak percaya anaknya bercinta dengan anak datuk.

" Aku tak kira! Anak datuk ke, anak menteri ke, atau anak raja sekalipun, dia mesti bertanggungjawab. Dekat mana rumah dia?"

Rania menggeleng tanda tidak tahu. Nama lelaki itu pun diketahui ketika di pejabat agama malam tadi.

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now