MERCHANT' S LANE CAFE."Kau dah dapat tentang perempuan tu?" Mark terlebih dahulu bersuara. Dia menghirup sedikit kopi panas.
Charlie mengangguk lantas menghulurkan kertas laporan tentang gadis tersebut.
" Sudah. Nama dia Rania Arissa binti Rashid umur 29 tahun. Dia ada adik lelaki nama Rayyan. Kampung dia di Mersing Johor. Tapi ayah Rania tu kahwin lain. Itu jelah yang aku boleh siasat pasal perempuan tu"
Mark terangguk- angguk sambil membaca tentang Rania.
" Kau dah jatuh cinta ke dekat dia?" Tanya Charlie menyibuk.
Mark menghulurkan semula kertas itu kepada Charlie.
" Kau tak perlu tahulah. Ini upah kau untuk hari ini. Pergi buat belanja. " Mark menghulurkan duit 50 ringgit kepada Charlie.
Charlie pun mengambil seraya mengangguk.
" Thank you, Mark. Kalau ada apa- apa kau nak minta tolong aku, hubungi je aku." Kata Charlie lalu bangkit dari duduk.Mark mengangguk kecil. Kemudian dia mengeluarkan iPhone lalu menghubungi si gadis jelita bernama Aileen.
" Hello, darling" sapa Aileen manja.
" Hm, miss you. Apa kata, I jumpa you di rumah malam nanti." ujar Mark.
" I tunggu you. See you".
.
Rania panggung kepala. Berkerut dahinya apabila terdengar seakan- akan mengekek halus dan berbisik. Tak kan lah Aileen bawa masuk lelaki dalam bilik.
Hati Rania mula tak sedap. Dia bangun dari sofa lantas berlari menuju ke anak tangga. Tiba sahaja di depan pintu bilik Aileen . Pantas dia mengangkat tangan mahu mengetuk pintu bilik . Namun belum sempat ingin menyentuh daun pintu, ia sudah dibuka dari dalam. Pandangan mereka bertemu. Rania terkejut melihat tubuh Aileen di depan dengan raut wajah terkejut.
" Eh, Rania. Kau dah balik? " Aileen pucat seketika. Sangat terkejut.
" Apa yang kau buat ni?" Dia tahu ada lelaki dalam bilik Aileen.
" Buat apa?" Aileen gelak- gelak pula. Rasa terperanjatnya hilang hilang begitu saja sebab tak ada rasa bersalah.
Rania terdiam terus.
Aileen pula berpeluk tubuh seraya tersenyum sinis. Suka betul dia tengok muka Rania ketika itu.
" Sayang, cakap dengan siapa tu?" Terus muncul seorang lelaki tanpa baju dan hanya bertuala.
Rania tergamam. Begitu juga dengan Mark.
" Rania Arissa" bisik hati Mark.
Jijik dia melihat lelaki yang berdiri di sisi Aileen. Cepat dia memejamkan matanya dan mengalihkan pandangan ke arah lain. Aileen tertawa melihat telatah Rania. Kuno! Macam tak pernah tengok badan lelaki , katanya sinis.
" You pergi pakai baju dulu. Kita jumpa lagi nanti" pesan Aileen sambil tolak badan teman lelakinya. Mark akur sahaja sambil mengangkat kening yang tidak faham situasi yang berlaku.
" I balik dulu sayang. Love you.." Mark tiba- tiba berada di depan Rania. Meletakkan jari di bibir lalu menyuakan pula ke bibir Aileen. Mereka bergelak tawa dan beemanja di situ. Kemudian menandang pula pada wajah Rania.
Rania mual lalu menjauhkan diri dari mereka. Memeluk tubuh dengan wajah cukanya.
Mark terus melangkah pergi meninggalkan rumah mereka. Tiba- tiba langkah Mark terhenti di depan muka pintu.
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...