" Selamat pagi" sapa Aisar dengan lembut . Anak itu datang dengan senyumnya yang ramah." Selamat pagi jugak" Mark menjawab nyaring mendahului adik- adik. Teruja melihat anaknya berada bersama- sama."
Mereka di meja makan tersenyum memandang Aisar. Tetapi tidak Rania. Terkejut. Serentak itu seleranya mati. Perutnya terasa senak dan penuh dengan makanan biarpun baru dua biji kuih dimakan walaupun malam tadi langsung tidak menjamah sebarang makanan.
" Awalnya bangun anak sedara aunty ni?"
" Nak joging ke?"
Aisar tersenyum pada dua doktor tersebut. Marley dan Melly.
" Mari, duduk dengan nenek."
" Anak papa bangun jugak. Tadi, kata nak sambung tidur."
" Aisar dah biasa bangun pagilah papa. Lepas solat, Aisar tak tidur pun. Aisar bukan nak joging tapi nak temankan papa dan mama aje."
" Bagusnya cucu nenek." Sambut Datin Grace sambil melambai tangan, memanggil Aisar sekali lagi supaya duduk dengannya. Aisar akur.
Rania tergamam mendengar bual bicara mereka dengan Aisar. Mesra. Dia dapat rasa mereka sayang Aisar. Rasa cemburunya meluap- luap pula.
" Saya nak pergi kerja. Kunci kereta saya mana?" Tiba- tiba Rania bersuara. Dia bangun.
Mark menoleh. Matanya mengerling pada sebiji karipap yang masih di tangan Rania.
" Baru makan, takkan dah nak pergi. Belum pukul lapan lagi."
" Saya nak cepat. Saya dah temankan awak sarapan kan? Saya cuma nak kunci kereta saya" Rania serius. Tidak memandang wajah suaminya dan semua orang di situ. Hanya meneguk tehnya.
" Kita sarapan bersama dengan Aisar ya?" Mark memujuk.
Rania mengeluh. Dia jeling Aisar.
" Dia dah besar kan. Biar jelah dia makan sendiri!"Semua orang terdiam.
" Rania, habiskan dulu kuih tu. Kita sarapan bersama dengan Aisar." Sampuk Datin Grace pula.
Rania tersentak. Kenapa semua orang tak mahu faham! Aku cuma tak nak berjumpa dengan anak Aileen. Dia nak duduk sini, nak disayangi oleh semua orang. Okey! Suka hatilah! Tapi jangan cuba nak rapatkan aku dengan dia! Hatinya menjerit lantang.
" Rania nak cepat mommy. Awak, bagi kunci kereta saya!" Tangannya menadah di hadapan Mark.
" Terima kasih. Saya pergi dulu." Ucapnya setelah Mark menyerahkan kunci keretanya. Dia capai jua tangan Mark. Menunduk, mencium tangan suaminya. Kemudian menyalami tangan mommy pula. Selesai semuanya dan sebaik tubuhnya mahu berpaling, dia lihat Aisar menghulur tangan kecilnya.
Rania terkedu. Dia jadi serba salah terutama saat diperhati oleh Mark dan mommy. Adik- adik lain, dia tidak peduli.
" Er..er.." Aisar serba salah mahu menuturkan sesuatu. Dia sedar mamanya marah dan tidak sudi.
" Maaafkan Aisar ya, mama. Lepas ni Aisar tak kacau mama sarapan lagi. Aisar...cuma nak salam dengan papa dan mama aje sebelum papa dan mama pergi kerja. Aisar biasa makan pagi, lambat."
Rania tersentak. Anak kecil ini dapat menghidu dan melihat dengan mata hati apa yang berada jauh di sudut hati. Dia lihat tangan Aisar masih menghulur tangannya.
Aisar sudah tarik semula tangannya. Wajahnya kelihatan sedih.
" Rania." Panggil Datin Grace . Berasa sedih apabila cucuya diperlakukan begitu. Kepala Aisar diusap sayang .
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...