🍀Episod 5

7 0 0
                                    


" Betul ke Mark nak pindah?" Dato' Ethan bertanya.

Mark mengangguk . Dia memandang sekilas wajah daddynya. Dato' Ethan berdiri dan mula berjalan mundar mandir memikirkan kehendak anaknya.

" Mark dah fikir masak- masak?"

" Dah, daddy. Mark tak nak hati Rania disakiti lagi. Mommy tak suka dia. Rumah kita pun dah tak macam dulu . Mark tengok, mommy tak pernah nak bersama kita bila Rania ada terutamanya masa makan . Susahlah kalau macam ni"

" Kalau Mark nak jaga perasaan Rania, macam mana pulak dengan perasaan mommy?"

Mark terkedu sebentar. Berpindah bererti dia telah melukai perasaan mummy. Kalau tidak keluar dari rumah ,isterinya akan terluka. Dia buntu.

" Daddy faham perasaan Mark . Daddy rasa, eloklah Mark batalkan niat Mark tu."

" Why daddy?"

" Mark nak mommy terus membenci Rania ke?"

" Apa maksud daddy?"

" Daddy percaya Rania tak lah sejahat yang mommy sangkakan. Kalau Mark pindah, mommy tak akan pernah kenal siapa Rania sebenarnya."

" Maksud daddy?"

" Sampai bila- bila pun mommy akan anggap Rania punca segala masalah sedangkan Mark pun bersalah juga dalam hal ni. Mommy boleh maafkan Mark sebab Mark anak dia. Dan Rania pula dianggap orang luar yang menghancurkan impiannya" Dato' Ethan tarik nafas seketika. Dia renung wajah Mark yang tidak keruan.

" Mommy yang lahirkan Mark dan besarkan Mark. Dia sanggup berhenti kerja semata- mata nak uruskan anak- anak di rumah. Cuba Mark fikir . Mommy membesarkan kamu selama  hampir 29 tahun . Kamu nak ketepikan macam tu aje sedangkan kamu baru kenal Rania. Kalau isteri kamu tu betul- betul seorang yang baik, daddy percaya suatu hari nanti, mommy akan terima dia" Panjang lebar Dato' Ethan memberi penjelasan.

Mark tunduk memandang lantai pejabat.

" Mark, mommy tu isteri daddy. Daddy kenal dia dah berpuluh tahun. Walaupun mommy tu suka membebel dan nak kita ikut aje cakap dia , tapi dia satu- satunya perempuan yang daddy sayang. Kamu pun tahu kan, zahirnya keras tapi hatinya lembut. Mommy kamu tu, penyayang. Dia pasti akan terima Rania jugak kalau isteri kamu baik dan sabar dengan sikap mommy. Percayalah"

Mark kembali memandang ayahnya . Dia tersenyum.

" Tak rugi Mark datang pejabat hari ni. Ingatkan nak main golf tapi ni tak tenang langsung. Sekarang Mark ada keyakinan sikit"

" Sikit?" Daddy ketawa

" Banyak " jawab Mark penuh makna. Malu- malu pula.

" Tapi daddy nasihat lah sikit mommy tu. Eh bukan sikit...tapi banyak - banyak dekat mommy tu." Mark menyengih.

Dato' Ethan gelak.
.

" Kenapa masuk tak ketuk pintu dulu?" Marah Mark apabila melibat kelibat Aileen yang muncul di bilik pejabatnya. Aileen  mengukir senyuman manis. Namun, Mark tidak memandang wanita itu, dia ralit melihat fail kerja di atas mejanya.

Aileen menghampiri Mark lalu melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan lelaki itu.

" Hei, busy betul you ni sampai tak nak layan I pun.  I datang pejabat you sebab nak ajak you lunch sama. Jom?" Ujar Aileen. Dia menongkat dagunya.

Mark mengeluh. " I banyak kerja, Aileen. Kalau you nak pergi makan, pergilah sendiri. You jugak yang cakap you ada boyfriend baru. So, tak payah lah you nak ajak I " balas Mark dengan nada dingin.

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now