Mereka melangkah ke sebuah hotel . Pertama kali makan tengahari bersama di luar rumah. Lembut sahaja hati ini apabila melihat wajah serba salah suaminya dan begitu berhati- hati berbicara.
Lagipula bosan pula tinggal di banglo mewah milik keluarga suaminya. Belum lagi kalau bersemuka tanpa sengaja dengan ibu mertuanya . Pasti perasaan wanita itu terluka lagi seperti semalam.
Mark melayani Rania dengan berhati- hati. Tidak mahu tersalah langkah. Satu kejaiban apabila isterinya akur kehendaknya. Dia memujuk namun tidaklah bersusah payah sangat atau perlu kata- kata manis yang berlebihan.
" Hei, Mark..lama kita jumpa? Wah, rezeki betul lah ni, dapat jumpa you." Tegur seorang gadis dengan tiba- tiba.
Rania memerhati sahaja. Rasa meluatnya disimpan dalam hati.
Kelihatan Mark sebar salah apabila perempuan itu merapatinya. Tanpa malu sengaja pula tangannya merayap pada pipi Mark. Mark berusaha mengelak. Sesekali dia jeling juga wajah Rania . Perasaan Rania mula membara. Berasa marah dan malu terutamanya menyedari diri diperhatikan oleh tetamu kanan kiri dan depan belakang.
Kalau macam inilah baik aku betapa dekat rumah! Rungutnya dalam hati. Rania menunduk sahaja
" Emma, kenalkan ini isteri I, Rania."
" Oh, bila kahwin? Tak dengar cerita pun?" Emma memandang Rania yang wajah selamba itu.
Mark berharap Rania tidak akan membuat perangai seperti hari- hari yang lalu. Malam tadi dia sudah melihat Rania yang hampir menerimanya sebagai suami.
" Bulan lepas hari tu kita orang kahwin. Sorry, sebab I tak jemput you." Ujar Mark bersama senyuman nipis.
Emma menggeleng.
" Eh tak apalah. Okeylah, Mark, I pergi dulu. Darling I dah tunggu . Kita jumpa lagi nanti"Emma memuncungkan bibirnya ke arah seorang lelaki yang bergaya. Kemudian menghulurkan tangannya pada Rania seraya berkata.
" Jaga husband you baik- baik. You bertuah memilikinya."
Setelah Emma pergi, mereka makan tengah hari dengan suasana sepi. Meluat Rania dengan wanita yang bernama Emma itu. Mark pula serba salah untuk bersuara.
Selesai makan ,mereka berinringan keluar dari bangunan indah yang melenkung itu. Rania masih mendiamkan diri dan mengikut langkah suaminya menuju ke kereta dan mencari destinasi yang sesuai supaya lama dapat berdua- duan dengan Rania.
" Sayang, jom kita tengok wayang. Ada cerita best." Ajak Mark.
" Okey boleh jugak. Lagipun, saya dah lama tak tengok wayang."
Kenderaan terus bergerak meninggalkan perkarangan hotel . Mark senang hati.
Rania menurut sahaja apa yang Mark ingin menonton. Fikirannya masih menganalisis siapa sebenarnya suaminya itu sedangkan Mark asyik menghayati filem di hadapan. Sejenak kenakalan Mark menyerlah juga.
Rania mengelak pantas sebaik sahaja Mark cuba mengenggam tangannya . Dia bersahaja dan terus memeluk tubuhnya. Sesekali dia jeling juga suaminya di sebelah. Entah kenapa terbit pula rasa bersalahnya.
Tak apa...awak akan sedar. Saya pasti jadi milik awak juga suatu hari nanti . Ada sikit perasaan tersinggung tetapi Mark cuba memujuk diri.
Dia tahu Rania berkhayal dan bermain dengan perasaan sendiri ketika menonton filem tadi.
" Esok, boleh hantarkan saya ke tempat kerja? Road tax kereta mati semalam. Tak perasan due bila?" Tiba- tiba dia teringat sesuatu.
" Rania punya pasal, hari- hari abang hantar ke office pun tak apa."
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...