🍀Episod 9

7 0 0
                                    


Selesai tidurkan Elric, Mark terus ke bilik tidurnya. Rania sibuk menjawab telefon. Entah siapalah yang dia telefon tu.

" Hisy, pening lah kepala aku jadinya" Rania merungut tanpa sedar Mark ada di belakangnya.

" Kalau pening, letih melayan karenah mereka tu, duduk rumah layan abang sorang aje. Tentu tak pening  kan?" Usik Mark . Tersenyum mesra memandang Rania.

Rania berpaling dengan wajah terkejut. Kemudian dia menuju ke meja solek sambil membuka ikatan rambutnya. Letih.  Tiada hati mahu membalas bicara lelaki itu. Lima tahun bersama, dia faham maksud suaminya.

" Kalau boleh, memang Rania nak berhenti." Kata Rania dengan serius.

" Dah tu, cabut ajelah. Abang mampu untuk isteri abang yang manis ni. Kalau bosan, office abang tu, ada aje tempat kosong untuk Rania yang cantik ni." Ujar Mark.

" Prinsip orang lain, dia orang punya pasal. Tapi Rania tak suka berhenti kerja dengan tinggalkan masalah pada kawan- kawan . Rania nak pergi dengan rasa hormat antara Rania dengan dia orang."

" Alah, kita fikir masalah orang, tapi dia orang bukan fikir masalah kita pun. Abang pasti,  kalau dia orang nak berhenti, langsung tak fikir pasal Rania pun. Mesti cabut macam tu je. Sayang kerja dengan abang sorang jelah" Mark cuba memujuk.

" Abang ni tak baik lah tuduh macam tu. Dah lah, Rania nak mandi dulu ya. Letih ni" Rania terus ambil baju tidurnya dan masuk ke dalam bilik air.

Beberapa minit kemudian..

" Abang, esok Rania ke Melaka tau." Beritahu Rania sebaik saja keluar dari bilik air. Sudah lengkap berpakaian tidur. Pandangan mereka bertaut seketika. Rania terus ke meja solek dan menyapu losyen ke tangan dan kaki.

" Berapa hari?" Soal Mark.

" Mungkin dua tiga hari. Rania dah beritahu Elric dengan mummy dah."

Mark angguk
." Oh, yelah abang izinkan sayang pergi."

Mark terus merebahkan diri di atas katil. Terkebil- kebil memandang siling.

" Hari ni, birthday abang." Kedengaran sayu nada Mark.

Gerak tangan Rania yang sedang menyapu losyen terhenti seketika. Dia bagaikan tersedar sesuatu. Ya, hari ini ulang tahun suami aku.

" Seronok sangat tadi. Pandai semua orang mainkan peranan. Tutup lampu, letak kereta jauh- jauh, anak- anak pun perpakat senyap . Rania pun pandai menipu dah." Mark kerling pada isterinya.

" Tapi sekarang rasa sunyi pulak. Sekelip mata macam bukan birthday abang pulak. Huh..malangnya nasib abang."

Rania menelan liurnya. Dia tahu Mark sudah faham dengan kata- kata mummy awal malam tadi. Rania masih tidak sanggup berpaling.

" Kita ni dah macam jauh sangat. Rania sedar atau Rania pura- pura tak sedar?"

Spontan Rania berpaling. Dia terkedu. Tanpa suara dia tidak berkelip- kelip matanya memandang wajah tampan suaminya. Sayu sahaja wajah itu.

" Abang takut kalau kita terus jauh. Nanti jauh dari diri , jauh dari hati. Rania tak takut?"

Rania terkedu.

" Abang aje yang terasa kut. Mana ada kita jauh." Rania mati ayat seketika. Dia cuma bermain kata.

Mark sudah terlentangkan tubuhnya tanpa reaksi. Tidak memandang wajah Rania.

" Abang, jauh- jauh pun kita, berjumpa jugak di bilik ni kan? Sesekali tak bertemu tu, biasalah sebab kerja. Alah, Rania sapu losyen aje kejap ni, kejap lagi Rania datang lah..layan abang sorang aje." Rania senyum. Memujuk konon.

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now