" Ms. Lily, semua dah siap?" Tanya Rania ceria. Lily angguk sahaja. Dia tersenyum melihat puan mudanya yang kelihatan amat bahagia dengan berwajah segar . Tidak murung seperti selalu." Kita ni, lusa nak bertolak. Hari ni sibuk bukan main lagi ya. Tak menyabar betul." Rania ketawa pula. Lily senyum sahaja.
" Ms. Lily, tolong hulurkan saya air tu." Rania berasa lega kerana dahaganya hilang.
" Saya naik atas dulu ya, Ms. Lily." Dia terus naik ke atas. Rania lihat jam di tangan. Lagi tiga jam, Aisar akan pulang dari tadika. Empat jam kemudian, suaminya pula akan pulang dari pejabat. Mommy ke rumah Marley sejak minggu lepas. Malam ini Marley sekeluarga dan mommy akan pulang ke rumah.
Rania buka almari untuk mengambil salinan yang lain apabila baju di badannya tersimbah air sewaktu mahu berwuduk. Habis basah. Sedang dia menyelak mencari baju, matanya terpaku pada sekeping tiket.
Eh! Ada pulak. Hari tu tak ada. Mengecil anak mata Rania sambil membelek- belek tiket. Dia senyum nipis. Tanpa lengah, dia renyukkan tiket tersebut lalu membuang ke dalam tong sampah . Dia sudah buat keputusan!
Bersama hati yang senang, dia terus mencari baju yang sesuai. Kemudian dia membuka al- Quran.
Setengah jam berlalu.
" Eh! Daniel, you tak kerja ke?" Rania terkejut sebaik tubuh Daniel berdiri di muka pintu bersama dua cawan milo.
Rania membetulkan duduknya sambil membuka telekung di kepala. Rambut dibiarkan lepas.
Daniel tersenyum kecil. Cantik.
" I rasa tak sedap badan , tu I balik tu. Tadi terdengar you mengaji. Terfikir mesti you haus kan? Ingat tak dulu janji nak buatkan milo tapi dah kena potong jalan pulak. Ni I nak tebus janji."
Rania ketawa kecil.
" Terima kasih, Daniel. Terima kasih jugak untuk semua yang you lakukan untuk I."
" Perkara kecik aje. Abang Mark dah tahu tentang penyakit you?"
Rania geleng. " I tak sampai hati nak beritahu dia. Biarlah, lagipun ajal maut ketentuan Allah. Teruskan hidup macam biasa dan beramallah selalu." Wajah Rania ceria sahaja.
" Eh, minumlah." Ajak Daniel. Sambil itu dia hirup milo di cawannya.
" Thanks. Sedap." Kata Rania setelah menghirup hingga suku milo di cawan.
" Tambah pulak hari panas, milo ais memang kaw lah."
Daniel ketawa sahaja dengan kakak iparnya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Rania mula berasa tidak selesa.
" Ada baiknya kita keluar. Tak elok bersembang dalam bilik ni. Apa kata Melly nanti, kalau dia nampak you dalam bilik I." Rania terus mahu bangun dari sofa. Saat mahu bangun, kepalanya terasa berpinar.
Dia pegang kepalanya. Sakit. Dia mendongak memandang Daniel di hadapannya. Lelaki itu senyum sinis.
" Apa yang you buat ni, Daniel?"
" Lepaskan hajat yang terpendam."
" Daniel!" Rania masih sedar cuma tenaganya sedikit lemah.
" Apa ni, Daniel? Kita bersaudara, Daniel. Kita sekeluarga. Ingat bahagia keluarga ni, Daniel." Rania dapat rasa niat Daniel saat lelaki itu membuka tali pinggang seluarnya.
Rania bangun juga. Dia meluru ke pintu biliknya yang terdedah bersama desah yang sangat- sangat resah.
" Ms. Lily!!" Jeritnya namun agak lemah. Saat itu juga Daniel sudah mendahuluinya. Lelaki itu menutup dan mengunci pintu.
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...