🍀Episod 8

11 0 0
                                    


Sedang khusyuk menyandar sambil meniti dokumen, Lisa membawa sepiring kuih dan secawan kopi O yang dipinta. Dia jatuhkan sedikut helaian dokumen di tangan yang melindungi pandangannya.

Mark dan Lisa berbalas senyum.

" Awak bila lagi nak kahwin dengan si Alvin tu?" Tiba- tiba sahaja Mark menyoal apabila melihat wajah manis wanita itu. Cantik.

" Encik Mark, ni ada kuih sikit." Sopan meletakkan di atas meja hingga lamunan Mark betul- betul menjadi magik. Hilang sekelip mata.

" Kalau hari ni orang tak sibuk sangat, saya dah pinang dah kawan Encik Mark tu." Selamba Lisa membalas.

Mark mengerling wajah Lisa sedangkan keharuman kuih di atas meja sudah menarik dirinya. Dia tidak sangka Lisa akan menjawab usikannya.

" Kawan saya tu lembap sangat kut. Awak pinang aje dia tu, gerenti dia terima."

" Ye lah tu. Kalau dia tolak, malu saya tak cukup tanah melayu nanti."

Mark gelak." Hmm..harumnya bau. Sedap ni." Dia pandang kuih di hadapan mata.

" Tak rasa lagi tu, sedap dia tak terkira.."

" Tapi tengok kuih ni ,saya tau memang sedap punya. Ni mesti awak beli dekat warung depan tu kan?"

Lisa senyum bersama anggukannya. Cepat mereka bertukar topik berbual.

Tanpa peduli sama Lisa, Mark terus menyuap kuih Karipap itu.

" Tapi kan Lisa, kalau awak cuba tak adanya malu sampai tak cukup tanah melayu sebab tanah orang Melayu di negara kita ni memang tak banyak pun. Majoriti memang lah orang Melayu." Ujar Mark.

Lisa senyum tanpa menjawab apa- apa.  Sebalik berpaling keluar dan menapak beberapa langkah, dia teringat sesuatu.

"Encik Mark."

" Hmm.."

" Hari tu Encik Mark kata ada hadiah untuk Encik Mark tapi saya tunggu bagai nak rak, tak ada pun "

Mark yang mahu menyuap sepotong lagi kuih ,terus terdiam. Mulutnya melopong tanpa menyuap kuih di tangan.

" Tak ada?".

Lisa geleng.

" Dia kata ada tapi tak akan lah..sebab dia kata dah hantar." Separuh berbisik bibir Mark berkata.

" Tapi.."

Mark terus pandang wajah Lisa.

" Hari yang Encik Mark cakap kata tu, saya memang ada terima pos laju untuk Encik Mark. Macam dokumen aje,  bukan bungkusan."

" Mana dia?" Soal Mark

Lisa segera mara lebih rapat ke meja kerjanya. Dia menyelak- nyelak beberapa surat di hujung meja sebelah kiri.

" Ini aje yang saya rasa pelik sikit" Lisa hulur kepada Mark . Nama pengirim sama seperti nama perempuan yang menelefon Mark ketika berada dalam situasi bulan madu dahulu.

Mark rakus membuka rakus membuka sampul plastik itu. Entah kenapa ada debaran kencang di dadanya saat ini. Aileen ugut aku ke?

Sampul surat berwarna coklat muda dan berukuran 23 cm 32.5 cm, dikeluarkan dari sampul plastik. Sebaik saja buka sampul itu, bebola matanya terus terpaku pada sehelai dokumen berwarna kuning lembut.  Degupan jantung sangat laju. Setiap butiran di dokumen itu dibaca dengan teliti. Kemudian, dia membelek halaman dan belakang.

Original! Dia perhati sebaris nama kanak- kanak di sijil kelahiran. Nama itu? Dia cukup cuak! Wajahnya berubah merah.

" Gila!" Tempiknya lantas dia renyukkan dokumen di tangan lalu mencampak ke arah sofa.

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now