🍀Episod 10

11 1 0
                                    

HOTEL EQUATORIAL, MELAKA.

" Abang, angkatlah telefon tu. " Rania mencuba lagi setelah  berkali- kali panggilannya sepi. Dah pukul berapa ni,desis hatinya sambil melihat jam di skrin telefonnya.

" Baru pukul sembilan setengah, takkan dah tidur kut." Bebel Rania.

Sementara menunggu panggilan dia hanya menonton televisyen dan berehat di atas katil. Tanpa sedar jam sudah berlalu.

Rania pandang skrin telefon yang senyap tanpa deringan. Mana dia pergi ni? Rindu tahap gila dah ni

" Abang, kenapa tak telefon Rania ni. Rindu tau."
Dia menggerutu geram. Sejurus itu, terus hubungi Mark sekali lagi.

Rania monyok. Geram. Panggilannya dibiarkan sepi. Tanpa lengah, dia hubungi telefon di rumah banglo Datin Grace.

" Helo!"

" Melly, Kak Rania ni."

" Oh, Kak Rania. Kenapa, macam nak cepat aje?"

" Abang Mark ada tak?" 

" Tak ada. Dah keluar lepas Maghrib tadi"

Rania kecewa." Keluar dengan Elric ya?"

" Taklah, sorang aje. Kenapa ni Kak Rania, rindu ek?" Melly gelak.

" Rindu tahap meroyan ni. Kalau tau rindu macam ni, Kak Rania tak pergi Melaka. Biarlah Ariel tu aje yang pergi."

Melly tambah gelak." Teruk tau Kak Rania ni. Kenapa tak cuba telefon Abang Mark?"

" Dah telefon tapi dia tak angkatlah. Mana entah dia campak telefon dia tu."

" Hm.."

" Tak apalah. Elric mana, nak cakap dengan dia lah."

" Kejap ya." Melly terus melaung nama anak saudaranya. Rania di hujung talian mendengar jeritan Melly.

" Mama nak cakap dengan Elric ni.."

" Elric nak tengok tv dengan Kaylee. Mama kan balik nanti, bukan tak balik. Aunty pesan lah dengan mama, Elric tunggu mama kat rumah aje."

" Kesian mama, dia rindu dekat Elric. Mama rindu nak dengar suara Elric."

Rania termenung ketika itu.

" Kejap ya kak." Melly menyapa kakak iparnya.

Rania terus kelu. Teguran Melly bagaikan kosong di mindanya. Dalam hati, berharap Elric  sudi bercakap dengannya.

Elric berlari mendapatkan telefon di tangan Aunty Melly.

" Hello, mama."

" Hello anak mama. " Rania tersenyum lebar. Lega.

" Mama, Elric tengah tengok Mister Bean lah. Tata, mama.." 

" Hm, Elric tak nak cakap dengan mama ?"

" Nak, tapi nantilah. Elric nak tengok tv dulu. Nenek dan atuk dan tunggu Elric tu. Bye, mama.."

Rania terkedu.

" Tata mama.." Suara Elric kedengaran tergesa- gesa. Namun mahu meletak gagang tidak sama sekali selagi tidak mendengar suara mamanya membalas.

" Tata juga." Elric terbalikkan ucapannya.

Rania menelan air liur. Dia tahu, Elric menanti dan mengharap sangat dia membalas.

" Tata anak mama. Mama sayang Elric tau. Take care."  Rania menjawab bersama sebak yang menekan- nekan dadanya.

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now