" Sayang dah sedar?"Rania terkejut saat suaminya menyapa.
" Lah, abang tegur pun terperanjat"
" Ab..abang buat apa dekat Rania?"
Mark kerutkan dahi. Dia menyengih sambil menggosok tuala ke rambut basahnya.
" Dah. Jangan fikir bukan- bukan. Tolong abang gosokkan baju abang"
Rania terpana. Lelaki itu baru menyakiti hatinya tetapi boleh selamba menyuruhnya itu dan ini. Lelaki itu bertindak seolah- olah tidak berbuat sebarang kesalahan.
" Kenapa abang tak jawab?" Rania turun dari katil sambil memengang gebar yang menutup tubuhnya. Dia mara ke arah Mark dengan langkah yang masih kelam kabut.
Mark hentikan gosokkan di kepala. Dia tatap wajah isterinya yang kelihatan bingung.
" Abang rindukan isteri abang ni, jadi abang buatlah yang sewajarnya. Tak salah kan? Lagi pun abang tengok sayang cantik sangat masa tak sedar tu." Mark selamba sahaja. Dia maju ke almari. Mengambil pakaian lalu dicampak ke dada katil.
" Tolong gosok baju abang"
" Gosok sendiri!" Rania lepaskan selimut di tubuh dan terus ambil tuala beberapa langkah di hadapannya. Sakit hati dengan jawapan suaminya.
Mark menjongket kening. Dia tersenyum nipis melihat Rania yang selamba. Isy! Ni marah atau nak goda aku ni? Tubuh Rania yang berbalut tuala hanya dipandang bersama senyum yang tak lekang di bibir hinggalah Rania masuk ke bilik air.
" Sayang! Cepat, subuh dah nak habis waktu ni!"
Rania menutup pintu dengan rapat. Tanpa lengah dia terus menjalankan kewajipannya untuk mandi dan bersihkan diri.
" Abang dah solat. Rania solat sendiri ya" beritahunya sebaik Rania buka pintu bilik air.
Rania diam sahaja sambil menjeling sekilas pada suaminya yang terkial- kial memakai tali leher. Tali leher yang dihadiahkan sebelum ke Melaka. Dia melangkah keluar dan terus menuju almari baju. Pantas menyarung sehelai t-shirt dan tuala terus dililit di pinggang.
Sesaat matanya tidak berkelip memandang sepasang baju dress yang siap bergosok di atas katil. Malah, katil juga sudah dikemas. Rajinnya dia. Sempat pula gosok baju aku. Pertama kali!
Rania toleh semula pada Mark yang masih terkial- kial mengikat tali leher.
" Ehem!" Rania mendekat bersama dehemannya.
" Tak apalah, Rania belum solat kan. Biar abang cuba belajar." Mark seolah- olah menolak bantuan isterinya yang berdiri di hadapannya. Sememannya dia tidak suka bertali leher.
" Rania habis solat pun, belum tentu leher abang ni terjerut." Tanpa memandang wajah suaminya, dia tepis tangan Mark yang memengang tali leher . Konon berusaha menunjuk kepandaian. Tangan Mark teralih juga tepisan kasar Rania.
Rania ambil alih tanggungjawab menyimpul tali leher di kolar kemeja suaminya. Mark tatap wajah isterinya yang serius ini . Dia tahu hati Rania tergores dalam. Rambut panjang isterinya yang basah, titikan air dari rambut yang mengena baju di bahu, lengan isterinya yang putih bersih, diperhati penuh ghairah. Mark menelan liur akhirnya. Perlahan dia memeluk kedua belah tangannya di pinggang Rania.
Rania terkejut. Spotan matanya mencari matanya. Pandangan mereka bertaut. Sekilas tanpa senyum. Dalam dada, debarnya melambung- lambung. Bimbang Mark melurut tuala di pinggangnya.
Alamak! Salah pulak. Rania jadi tidak tenteram apabila tangan Mark mula merayap naik ke atas sedikit biarpun di luar baju. Suaminya seolah- olah sedang bermain main pula.
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...