" Kenapa abang duduk sorang- sorang ni?" Marley menganggu kesunyian dan kegusaran Mark.Mark Yien Tuan adalah anak pertama daripada 5 orang adik beradik. Marley Yien Tuan adalah anak kedua, Melly Yien Tuan anak ketiga, Myla Yien Tuan anak keempat manakala Michael Yien Tuan adalah anak bongsu.
" Tak ada apa Marley. Saja aje abang nak relaks dekat sini. Nak tenangkan fikiran" balas Mark lalu mengeluh.
" Addy dah tidur ke kak?" Melly pula mencelah di antara mereka dan terus duduk sambil membawa minuman panas.
" Dah. Penat agaknya bergurau dengan Michael tadi" Hanya memerhati adik yang membawa tiga mug berisi air. Pastilah untuknya dan abangnya sekali.
" Hai..Kak Rania abang tu belum balik lagi ke? Dah pukul berapa ni?" Melly seolah olah mengomel pula. Sambil itu dia hulur air pada kakaknya yang menjeling- jeling pada air dibawa.
Mark yang berdiri di hadapan mereka sekadar menggeleng. Kemudian, memandang langit yang penuhi dengan bintang- bintang. Marley dan Melly memerhati tingkah laku abangnya itu. Sudahnya, menjongket bahu.
" Oh, Kak Marley punya ya?"
" Memanglah untuk Kak Marley, terjenguk- jenguk konon, " Usik si Melly. Marley tertawa sahaja. Terlupa sejenak Mark di sisi mereka.
" Kopi panas. Eh, Melly ni nak buat kakak tak tidur malam ni"
" Dah, jangan nak banyak songeh. Orang dah buatkan tu minum jelah. Karang tak buatkan, katanya kita malas pulak" Melly mencebik.
Marley ketawa kecil diiringi dengan hirupan yang menyegarkan.
" Melly pelik tengok abang ni"
" Kenapa?" Mark menjawab sebaik mug berpindah tangan.
" Yelah. Dah kahwin tapi macam bukan suami isteri . Sorang ke kanan sorang lagi ke kiri . Bukan ke dia pilihan abang? Dulu abang risau bila mummy nak jodohkan dengan Kak Leyna. Dah dapat pilihan sendiri, macam ni pulak dah?"
" Ketara sangat ke hubungan abang dengan Kak Rania?"
Melly angguk. Marley hanya membulatkan biji matanya. Tak serumah buatkan dia kurang arif.
" Apa halnya ni?" Teringin pula nak menyibuk.
" Kak Marley nak tahu, Kak Rania tu kalau terserempak dengan kita orang dekat rumah ni, bukannya pandai nak beramah mesra. Muka dia tak ceria, macam simpan masalah negara. Tapi ada masalah apa aje, paling pun masalah dalam bilik tidur aje kan.." Melly menyengih lagi. Dalam mengumpat, dia mengusik.
Mark tersedak mendengar ayat terakhir adiknya. Marley pula sudah mengerutkan dahi.
" Percaya tak kalau abang kata, abang sebenarnya baru kenal masa abang dengan Kak Rania ditangkap basah."
" Boleh percaya? Eee..." Melly menjawab selamba.
Marley terkesima. Menyinggul lengan Melly supaya lebih serius.
" Terpulang pada korang nak percaya atau tak"
" Dulu, abang ramai perempuan. Melly pun meluat tau dengan perangai abang. Girlfriend abang pun satu. Tak cukup handphone, telefon rumah ni pun nak diganggu. Macam mana mummy tu tak marah, tak risau . Abang tahu, ada sekali tu sorang perempuan ni telefon sini. Mommy yang angkat . Melly cakaplah yang abang tak ada ,Melly lupa lah nama dia. Dia tak percaya. Dia ingat mommy orang gaji, dimarahnya mommy tu. Apalagi, mommy naik angin lah. Perempuan tu kena marah dengan mommy. Mommy cakap ,abang tau"
" Melly tak cakap lagi, manalah abang tau" Mark sudah duduk di depan mereka. Seronok pula mendengar celoteh adik- adiknya. Hilang seketika akan gelisah ketiadaan isterinya.
YOU ARE READING
✔️ KERANA TAKDIR
RomanceMark Yien Tuan merupakan si hidung belang yang pantang melihat sang gadis jelita. Rania Arissa seorang yang rendah diri, molek dan sikapnya dan sangat setia pada cinta. Namun musibah menimpa apabila terperangkap dalam permainan cinta Mark angkara...