🍀Episod 12

3 0 0
                                    


" Mesej awak tu buat saya nak mati terkejut" Tuan Irsyad tatap wajah stafnya tanpa berkelip.

" Cuti sebulan, boleh terkehel bahu saya ni. Ariel tu baru lagi. Kontrak awak setahun lagi, awak ajarlah dia cukup- cukup. Bila semua dah selesai, tugas terakhir awak  di sini pasti ringan dah."

Rania tunduk sahaja. Dia perlu lari dunia Mark. Dia wajar lari dari dunia keluarga lelaki itu.

" Saya tak boleh tuan. Buat itu salah, buat ni serba tak kena. Wajah anak saya selalu terbayang . Macam mana saya nak buat dengan baik kalau fikiran saya tak stabil?"

" Rania, saya faham keadaan awak. Awak pun tahu, setiap orang pasti meninggal dunia . Bila dan di mana aje, tak tahu kan? Yang dah pergi, pergilah.  Tapi awak sangat beruntung tau, sebab anak awak masih kecil bersih. Betapa anak awak akan menunggu awak di Padang Masyar. Arwah syafaat untuk awak, awak tahu tak? Redalah dah apa yang berlaku. Syurga pasti untuk awak. Dia menanti untuk menarik, menolong awak bersama- sama. Tu syafaat, Rania. Allah tak ambil anak awak untuk suka- suka. Dia ambil untuk beri syafaat untuk awak."

Rania diam. Menunduk sahaja.  Air mata yang seakan akan bergenang cepat ditahan .

" Syurga dah pasti untuk Elric, tapi kita belum tahu. Boleh kan awak tabah sikit untuk melakukan tugas awak yang terbekanglai empat hari lepas? Saya tak nak sebab awak, semua kerja terganggu."

Rania hela nafas.

" Awak tahu, Allah  memang sudah berjanji yang kita ni pasti akan diuji olehNya. Sebagai orang Islam, awak tak boleh mengalah kalau Allah uji awak. Teruskan hidup awak ,bahagia ada mengisi hati kita. Di mana- mana kalau kita cari."

Rania terpegun seketika. Dia mendongak dengan mata redup memandang Tuan Irsyad.

" Macam mana Rania? Masih nak bercuti lagi?"

" Yelah, saya kerja tapi sesekali cuti, boleh kan? Sebab minggu depan, ingat nak cuti. "

" Berapa hari? Awak ni buat jantung saya nak tersembul keluar pulak. Minggu depan, kan awak kena ke Mersing."

Rania menarik nafas.

" Macam mana, boleh batalkan cuti awak ke?"

Rania masih termenung. Mark bukan suami aku lagi. Rumah itu bukan tempat aku . Sekalipun senyum Mark menjentik hati sunyinya. Dia terleka seketika.

" Rania, awak okey?"

Rania terpinga- pinga. Dia tunduk. Rapat matanya supaya senyum dan tawa bekas suaminya itu hilang dan pergi!

Tuan Irshad pelik. Dia mara dan merehatkan punggung di mejanya di sisi Rania.

" Rania." Tegurnya lembut seraya menyentuh bahu stafnya.

" Ya, boleh." Rania segera bangun sambil menjawab spontan.  Menjarakkan diri.

" Maaf. Saya tak bermaksud apa- apa" Tuan Irsyad serba salah pula sambil memandang tangan yang menyentuh bahu Rania.

" Saya ke Mersing. Cuti tu bila - bila masa pun boleh. Lepas balik Mersing kut. Saya pergi dulu." Rania terus berlalu. 

Gabra sangat! Sentuhan itu prihatin atau sentuhan..argh!

" Rania!"

Spontan Rania berpaling saat daun pintu dilebarkan.

" Saya janji, habis kerja di Mersing ni, saya luluskan cuti awak. Tapi, sebulan tak boleh lah ya. Dua minggu aje." Beritahu Tuan Irshad sambil mengenyit mata.

Rania menyengih sahaja.

" Setuju?"

" Tengoklah. Sa..saya pergi dulu." Cepat sahaja Rania meluru keluar dari bilik pejabat Tuan Irshad.
.

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now