🍀Episod 21

8 0 0
                                    


Enam bulan kemudian...
.

" Syukurlah, kau selamat dan sedar jugak akhirnya." Ucap Aminah di sisi Farish.

" Terima kasih, doa semua tentunya." Balas Rania sambil memandang satu persatu wajah kawan- kawannya.

Dia sangat berterima kasih kerana mereka masih sudi menziarahinya. Sesaat pandangannya bertemu dengan Farish. Dia senyum sahaja.

" Dah lama kami di sini, rasanya kami kena mintak diri dulu lah." Ikmal pula bersuara.

" Esok- esok boleh kami datang kan? Best datang rumah kau ni,  macam- macam dihidangkan. Mommy kau baik betul ya. Aku ingat datin- datin ni skema je. Orang gaji kau pun pandai masak." Haura selamba sahaja.

Rania gelak. Dalam biliknya itu hanya dia, Ikmal dan isteri, Haura dan suaminya Aiman, serta Farish dan Aminah. Anak- anak, rakan- rakannya yang sedang bermain dan makan aiskrim di Taman Idaman.

Manakala Hana tidak dapat turut serta. Suaminya Ariel bekerja di luar daerah.

" Dah lama kami di sini, Insya Allah kita masih kawan hingga akhir hayat,kan?" Aminah bertanya.

Rania angguk. Dia memang jarang hubungi kawan- kawan lamanya.

" Tentulah. Jauh di sudut hati ni, tak pernah sekali pun aku lupakan kau orang semua."

" Okeylah, kami minta diri. " ucap Ikmal mewakili kawan- kawan yang lain. Mereka berdiri. Rania turut berdiri cuma terkial- kial sedikit.

Waktu itu, tongkat hampir jatuh. Mujur Farish menahan dan menyambutnya. Sejenak, pandangan mereka bertaut.

" Terima kasih." Balas Rania apabila Farish hulur tongkat padanya. Dia cepat mengalih pandangan. Dia dapat rasa pandangan Farish tetap sama seperti dulu.

" Kalau senang nanti, datanglah lagi. Aku dan suami akan sedia aje. Rumah ni terbuka untuk kau orang." Ucap Rania.

" Silaturahim tu kan, rezeki." Balas Haura.

" Insya Allah" Mereka menjawab hampir serentak. Mereka bersalaman sesama sendiri.

" Maafkan aku." Aminah peluk tubuh Rania.

" Aku tak tahu kisah kau dengan Farish. Kalau aku tahu, tentu aku tak rampas dia daripada kau." Bisik Aminah saat itu. Perasaanya sebak.

Rania ketawa sahaja.

" Aku tak pernah kesal dengan apa yang berlaku." Hanya itu mampu Rania ucapkan.

" Aku mohon, maafkan aku ya." Ucap Aminah lagi.

Rania angguk.
" Aku dah lama maafkan kau."

Setelah lebih sejam, mereka bersama pasangan masing- masing beredar dari rumah agam Datin Grace. Rania hanya menghantar kepulangan mereka hingga ke tangga sahaja.

Tiba sahaja di tingkat bawah, mereka disambut pula oleh Irham dan Myla . Mereka beramah mesra juga dengan Datin Grace. Rania hanya memerhati. Hilang sahaja tubuh mereka dia menggerakkan tongkatnya dan berjalan perlahan- lahan.

Rania melambai- lambai kepada mereka di dalam kereta. Sejenak, keluhan dihambur sekali sebaik sebuah kereta Audi  memasuki perkarangan rumah. Muncul seorang wanita, saat itu juga muncul Aisar berlari dan mendakap perempuan itu. Rania terus berpaling. Tidak sanggup lagi melihat drama di hadapan mata. Dia cemburu.

Berpaling sahaja tubuh Irham berdiri di hadapannya.

" Jangan cakap apa-apa. Aku tak mahu dengar."
Tegas Rania. Mahu melintasi Irham namun Irham tidak berganjak. Sudahnya dia kekal di balkoni.

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now