🍀Episod 15

5 0 0
                                    


" Kami dah lama menunggu kehadiran Encik Mark . Aisar juga terlalu rindu pada Encik Mark. Hari- hari dia tatap wajah  papa dan mamanya. Dia nak tidur , mesti cium gambar papa dan mamanya"

Mark senyum sahaja.

" Mama dia pernah jumpa di sini?"

Haji Musa menggeleng." Sekali tu lah dia datang, masa nak menyerahkan Aisar pada kami. Dia serahkan Aisar di tepi pagar depan ni. Dan ada sepucuk surat untuk mengesahkan bahawa dia hanya berikan Aisar pada Encik Mark sebagai papa Aisar. Selain Encik Mark, kalau ada sesiapa yang menuntut , dia tak izinkan dan lebih rela Aisar di rumah anak yatim ni."

Haji Musa mengeluarkan sekeping gambar Mark bersama surat dan segalanya lengkap iaitu nombor kad pengenalan, alamat dan nama penuh Mark.

" Dalam surat ni, Puan Aileen tak benarkan kami mencari Encik Mark, sebaliknya kami diminta menunggu Encik Mark datang"

Mark hanya mengangguk- angguk.

" Maafkan saya, tuan haji sebab lewat datang ke mari."

" Tak apa, ada hikmah semuanya tu."

" Mama Aisar memang tak pernah datang?"

Haji Musa menggeleng." Kami pun tak tahu dan tak pasti Puan Aileen masih hidup atau tak"

Mark terdiam seketika. Hairan, kenapa Aileen menghilang?

" Encik Mark nak berjumpa dengan Aisar?"

Mark angguk. Saat berdiri dan baru melangkah beberapa tapak, dia menghentikan langkahnya.

" Kenapa Encik Mark?"

" Saya belum beritahu keluarga terutama mommy dan isteri saya. Saya perlu masa untuk bawa Aisar ke rumah saya . Jadi saya nak tengok Aisar dari jauh dulu. Setelah saya bincangkan masalah ni dengan keluarga saya ,baru saya bawa Aisar bersama. Lagi pun saya nak kenal Aisar dulu."

Haji Musa tersenyum dan mengangguk sahaja. Faham masalah tersebut. Mana mungkin isteri lelaki itu menerima dengan mudah suaminya ada anak dengan perempuan lain.

" Itu Aisar" Tunjuk Haji Musa pada seorang kanak- kanak lelaki berusia lima tahun.

Mark memerhati kanak- kanak yang sedang duduk seorang di pangkin Darul Najjah.

" Dia buat apa di situ? Kenapa tak main dengan kawan- kawan yang lain?"

Mark terkejut. Berubah air mukanya seakan- akan tidak percaya.

" Maksudnya tunggu saya datang?"

" Ya. Dua tahun lepas, kami tunjukkan gambar Encik Mark dan isteri pada dia. Itu permintaan Puan Aileen kalau Encik Mark tak ambil. Kami kenalkan padanya tu mama dan papanya. Sejak tu setiap pagi, waktu rehat macam  ni dia akan duduk di situ. Tamat waktu rehat, dia kembali ke kelas dalam 10 minit aje. Dia menunggu. Tapi kadang- kadang tu habis waktu rehat pun dia tak nak berganjak . Budak- budak bila pujuk sikit ,ajak masuk ke kelas, kata kawan- kawan dah lama tunggu dia. Dia masuklah tanpa banyak kerenah."

Mark mengangguk sahaja. Dia masih memandang ke arah Aisar.

" Tapi perkara tu sudah menjadi rutin Aisar. Setiap pagi dia akan tunggu . Bila kami pujuk, dia jawab papa dan mama sibuk kerja. Kata dia lagi, nanti papa dan mama mesti datang ambil Aisar. Dia sangat yakin, Encik Mark sayangkan dia dan ambil dia di sini. Kadang- kadang dia tunggu di tepi pagar depan sana tu, sekali dengan beg bajunya" Kedengaran sayu suara Haji Musa.

Mark menoleh Haji Musa  di sebelahnya. Genangan air mata lelaki 50 an itu hanya disambut dengan helaan nafasnya.

" Aisar anak yang bijak. Dalam usia hampir lima tahun, dia sudah pandai dan tau berapa rakaat untuk setiap waktu. Tau cara sembahyang cuma membaca sepenuhnya tu belum lagilah. Tapi beberapa surah dia tau macam al- Fatihah. Dia suka belajar nampaknya. Bermain sama aje macam budak- budak lain . Cuma saya tengok dia suka melamun dan pendiam sikit berbanding yang lain."

✔️ KERANA TAKDIRWhere stories live. Discover now