"Oh my god! Dara sangat cantik..."Kata Safiyya kepada diri sendiri. Dia sedang menilik baju tidur seksi dibadannya. Dia sudah bersedia untuk jadi milik Zaidan sepenuhnya.
Dia melihat jam di dinding sudah menunjukkan jam 8.30 malam. Tetapi batang hidung suami hensemnya belum kelihatan.
"Mana abang ni. Lamanya keluar jumpa kawan ish" monyok Safiyya sambil kehulur kehilir didalam bilik. Sedang Safiyya berfikir, pintu bilik ditolak daripada luar.
"Assalamualaikum, aku dah ba...." terkedu Zaidan apabila mengangkat muka memandang kehadapan. Bergerak halkum Zaidan menelan kesat liurnya.
'Walawehh! Dia buat lagi mat!' bentak hati Zaidan.
Safiyya menjungkit senyum nakal sambil dengan langkah perlahan dia mendekati Zaidan. Dia menutup pintu dan mengunci dari dalam.
Dengan lembut Safiyya menolak Zaidan ke dinding bilik. Dia meletakkan tangan sisi kiri dan kanan Zaidan sambil masih dengan senyum nakal. Tersandar tanpa berkata apa-apa Zaidan ketika itu.
Lidahnya kelu! Mama papa tolong Adan!
"Lambatnya abang sayang balik. Lama tau Dara tunggu abang.." mendayu suara Safiyya. Dia melukis-lukis dengan jari di dada Zaidan.
Zaidan menelan kesat liurnya. Dia dapat merasakan degupan jantungnya yang semakin laju. Damn it Andara Safiyya!
"Don't play games that you're not ready for" kata Zaidan dengan nafas yang tersekat-sekat.
"Who said i'm not ready? I'm ready to be yours completely, abang.." bisik Safiyya sambil merenung tepat kedalam mata Zaidan.
Zaidan menolak lidah ke dinding pipi. Hampir 3 minggu dia menahan nafsu daripada menerkam Safiyya. Tetapi kali ini dia sudah tidak dapat menahan lagi.
"Okey, kau yang meminta. Jangan salahkan aku kalau kau tak boleh jalan dengan betul esok. Lets go!"
Dengan laju Zaidan mendukung Safiyya dan menuju ke katil mereka. Dia menghempas lembut badan Safiyya ke atas tilam empuk.
Melantun badan Safiyya dibuatnya.
Zaidan menanggalkan jam tangan dan melempar sahaja. Lantak lah jam tu nak pecah ke apa. Aku dah tak peduli.
Dia menanggalkan jaket hitam dan baju tshirt. Dengan pantas dia naik ke atas katil dan separuh menindih di atas Safiyya.
Saling bertentangan mata mereka berdua. "Sayang, kau sedia nak jadi milik aku sepenuhnya?" bisik Zaidan sambil membenam hidungnya di pipi Safiyya.
Dia menghidu bau wangi daripada badan Safiyya. Zaidan mencium sekilas leher jinjang Safiyya yang terdedah.
"Jadikan Dara milik abang sepenuhnya. Semaikan benih abang dalam rahim Dara" balas Safiyya sambil matanya terpejam.
"I will sayang.." kata-kata terakhir Zaidan sebelum meragut nafas Safiyya. Ciuman yang awalnya lembut bertukar menjadi semakin rakus.
Tanpa isyarat, Zaidan terus mengoyak gaun tidur Safiyya dengan sekali rentap. Dia terus melempar kebawah. Terbeliak besar mata Safiyya. Dia menolak sedikit badan Zaidan.
"Abang! Dara baru je beli baju ni.." rengek Safiyya sambil melihat bajunya yang selamat mendarat di atas lantai bilik.
"Aku boleh beli satu kilang kalau kau nak, sayang. Now just shut up and enjoy the game my babygirl.." bisik Zaidan dengan nada menggoda.
Dengan lafaz bismillah dan sepotong doa, akhirnya Safiyya menjadi milik Zaidan sepenuhnya. Tanggungjawab yang dia tunda selama hampir 3 minggu, akhirnya terlunas jua.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
"ARASH FIQRI..!!!"
Laung Sofia daripada tingkat atas. Dia menyorokkan sesuatu dibelakang badannya. Arash yang sedang menyiapkan makan malam terus menutup api.
Dia keluar daripada dapur dan memandang ke tingkat atas. Mengecil matanya melihat Sofia yang tersengih-sengih.
"Aku kalau ada sakit jantung, dah lama kau jadi janda tau Andara Sofia..."
Makin lebar sengihan dibibir Sofia. "Hehe, i have a surprise for you abang!" teruja Sofia.
Arash menjongket sebelah kening ke atas. "What's that? Birthday abang lambat lagi sayang.." balas Arash.
Dia memanjat naik tangga ke tingkat atas. Sekali sekala dia membetulkan ikatan kain pelikat dipinggangnya.
"Okey abang pejam mata dulu.." arah Sofia. Dia sudah tidak sabar ingin melihat reaksi suaminya.
"Kalau abang tak nak?" balas Arash dengan selamba.
Sofia menjuling bola mata keatas. Ini lah Arash Fiqri. Kalau tak menyakitkan hati, memang bukan Arash lah namanya.
"Baik abang pejam sekarang, sebelum sayang yang pejamkan" ugut Sofia. Sengaja dia menggarangkan wajahnya agar dapat menakuti Arash.
Arash yang malas hendak bergaduh terus memejamkan matanya. Dia melipat tangan ke dada.
Sofia bergerak kehadapan dan berdiri tepat di hadapan Arash. Dia mengambil tangan Arash dan meletakkan kit ujian kehamilan di atas telapak tangan Arash.
"Now abang boleh buka mata dah.."
Secara perlahan Arash membuka mata dan melihat sesuatu di atas tangannya. Berkerut seribu dahinya.
"Sayang positif covid ke? Sekarang ada lagi ke covid? Kita kena kuarantin ke sayang?!" gelabah Arash melihat 2 garis di kit ujian tersebut.
Dengan laju Sofia menepuk manja dada Arash. "Apa pulak positif covid abang ni? Tengoklah betul-betul dia tulis apa!" marah Sofia.
Lain yang kita harap, lain yang kita dapat. Geram betul dengan si babun ni!
Arash terus melihat tulisan di kit ujian tersebut. Terkebil-kebil mata Arash.
"Pregnant 3-4 weeks. Sayang mengandung ke?" soal Arash dengan tidak bijak. Dia memandang tepat kearah Sofia.
"Ye abang sayang...." meleret geram suara Sofia. Dia menghadiahkan jelingan padu kepada Arash.
"Ya Allah sayang!" Arash terus memeluk erat badan Sofia. "Abang taksangka secepat ni sayang! Abang seronok sangat sayang!"
Ucap Arash sambil berlinang airmata. Sesungguhnya dia tidak menyangka mereka dikurniakan rezeki anak secepat ini. Usia perkahwinan mereka baru sahaja hendak masuk sebulan.
Sofia mengusap belakang badan Arash dengan penuh kasih sayang. Dia juga merasa sebak seperti Arash.
"Alhamdulillah Allah bagi rezeki awal dekat kita, abang. Pia mesti happykan abang? Tak sabar sayang nak bagitahu dia.."
"Nanti abang ajak Zaidan jumpa ye? Kita bagitahu mereka" balas Arash.
Arash mencium lama ubun-ubun Sofia. Tidak berhenti dia mengucup kata syukur kehadrat ilahi. Rezeki yang dia sendiri tidak percaya. Hadiah paling bermakna baginya setelah Andara Sofia.
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]
RomanceHanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Zaidan 🙎🏻| Seorang...