BAB 1

133 16 4
                                    

"Kenapa ni Rina? Muka masam macam tapai basi ni kenapa?" tegur Mak yang ketika itu sedang basuh pinggan. Matanya menjeling aku sekilas.

Aku pandang Mak dengan sayu. Inilah sebab kenapa aku malas nak balik kampung. Nek Bonda Rahimah buat kenduri nak sambut bakal cucu menantu tapi Mak pula sibuk di dapur buat itu ini. Mana aku tak geram! Cuba bayangkan orang rumah duduk goyang kaki lepastu mak sendiri basuh pinggan dekat dapur. Geram tak?

"Mak tu. Buat apa dekat dapur ni? Mak Ngah dengan Mak Long kan ada." cemuh aku. Lengan baju kurung aku sinsing sehingga menampakkan siku lalu pinggan yang kotor aku capai bersama span pembasuh aku celup masuk ke dalam bekas berisi sabun pembasuh.

"Ee... jangan cakap kuat-kuat. Nanti Mak Ngah dengan Mak Long dengar." tegur Mak dengan nada yang sangat rendah kerana tak mahu orang rumah dengar.

Aku pandang Mak lagi. Kali ini aku pandang dengan menyampah. Bukan sebab Mak tapi sebab Mak Ngah dan Mak Long yang tak tahu erti berterima kasih. Kalau aku di tempat Mak, jangankan muka dengan kaki sekali aku tak nak tunjuk. Hak pui!

"Biarlah. Diaorang tu menyusahkan kita saja. Datang sini pun bukannya nak sambut elok-elok. Nek Bonda tu pun bukannya suka kita tapi kalau ada kenduri atau majlis cepat je telefon Mak suruh balik kampung. Rina tak suka betul Nek Bonda layan Mak macam kuli dia."

Mak menghentikan basuhannya. Air pili ditutup sebelum menghadap aku.

"Tak apalah. Mak ni pun menantu dia juga. Apa salahnya Mak bantu mertua Mak sendiri?" lembut saja tona bicara Mak.

Mak memang baik dan peramah dan disebabkan itulah Mak Ngah dengan Mak Long suka pijak-pijak Mak. Itu belum lagi anak-anak kebayan Mak Long. Ish! Bencilah! Kenapalah Nek Bonda Rahimah tak suka Mak? Nek Bonda Rahimah patut bersyukur ada menantu macam Mak. Kalaunya perangai Mak tak macam sekarang mesti orang tua tu dah masuh tanah 7 kaki.

"Salah tu tak salah. Rina cuma tak suka bila ada majlis je baru ingat nak telefon Mak. Baru ingat nak pujuk Mak balik berjumpa. Last-last... ni lah jadinya." aku menghayun tangan merujuk ke arah pinggan yang penuh di dalam sinki. Sebal!

Mak mencebik.

"Ni kejap lagi mesti Nek Bonda cerita yang bukan-bukan dekat orang kampung. Kata Mak pemalaslah. Menantu tak boleh diharapkanlah. Habis Mak Ngah dengan Mak Long tu boleh diharapkanlah? Basuh pinggan ni pun kena pujuk Mak. Anak dara Mak Long tu pun sama. Tak nak basuh pinggan sebab takut tangan tak licin, tak lembut. Cakap jelah malas." tambahku.

Mak sudah menggeleng kepala. Aku pula sudah menggerutu di dalam hati. Habis sumpah seranah nama Mak Ngah dan Mak Long aku sebut. Geram punya pasal.

Selesai saja basuh pinggan, aku berlalu masuk ke bilik tinggalkan Mak seorang dekat dapur. Belum sempat aku nak masuk bilik bekas arwah Abah dan Mak duduki dulu, aku ditahan oleh Fateh, anak sulung Mak Long.

Aku mengeluh berat. Mata aku putar ke atas tanda menyampah dengan kehadirannya tanpa diundang itu.

"Kau free ke Rina?" soal Fateh bersama senyuman seringai terbit di hujung bibirnya. Muka saja hensem tapi perangai kalah Mak Lampir. Mak Lampir kalau nampak dia pun entah-entah tak mengaku puak dia.

"Ee... sejak bila aku free? Aku ni ada maruah tau?" sindirku.

Fateh ketawa. Entah apa yang lucunya aku pun tak tahu.

"Kau ni kelakarlah, Rina. Dahlah cantik, comel pula tu." Fateh mencuit batang hidungku. Segera aku menepis tangannya.

"Hish! Apa pegang-pegang ni?!" tampikku.

"Janganlah jerit-jerit. Nanti orang fikir aku nak rogol kau pula."

Aku mengempal penumbuk seerat-eratnya. Kalau bukan sebab aku ada dekat rumah Nek Bonda Rahimah, dah lama aku tumbuk terajang muka tak berapa hensem Fateh ni. Lagipula aku tak nak Mak jadi mangsa sindiran dari mulut Nek Bonda Rahimah lagi.

Bukan Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now