Bab 25

138 8 0
                                    

"Bos belum sampai lagi ke, Rina?" soal Intan sebaik saja tiba di hadapan meja aku.

Pintu bilik kerja Nuf aku pandang sekilas. Keluh aku hela berat. Nuf bukan setakat tak sampai kerja tapi tak balik rumah dari semalam. Aku ingatkan Nuf pergi kerja tanpa aku tapi sampai saja dekat Strategic Growth, tak ada seorang pun nampak Nuf masuk office.

"Belum lagi." Aku geleng kepala.

"Hm... nanti kalau bos sampai boleh tak awak hantarkan file ni?" Intan serahkan fail hitam.

"Urgent ke?"

Intan mengangguk kepala.

"Sepatutnya kena tanda tangan kelmarin tapi bos balik awal lah pula."

Aku terdiam.

Kelmarin?

Berkerut habis dahi aku.

Nuf pergi mana?

"Rina, boleh tak?" soal Intan lagi.

"Sure." Sebingkis senyuman aku ukir buat Intan. Tak mahu orang lain tahu perihal rumah tangga kami. Baru saja berkahwin tak akan nak tunjuk rumah tangga nak goyah.

"Thanks, Rina."

Aku hanya membalas dengan senyuman. Tak betah di situ, Intan terus berlalu.

Telefon aku capai lalu nombor Nuf aku dail. Lama aku menanti sehinggalah panggilan aku terjawab.

"Hello?"

Aku jauhkan telefon hanya untuk melihat nama Nuf yang terpapar di atas skrin. Tapi kenapa suara perempuan?

Air liur aku teguk payah.

"Hel... hello? Ni siapa?"

"Ni I lah, Maya."

Maya?

"Sorrylah I yang jawab call you. Nuf tengah tidur sekarang ni."

Dada aku mula rasa senak dan sesak. Kolam mata aku mula berair.

Aku semalam tak habis-habis fikirkan Nuf tapi ini yang aku dapat.

"It's okay. Err... awak ada dekat hospital mana sekarang? Saya perlukan tanda tangan Nuf." Seraya air mata aku tepis.

"Dekat Hospital Pantai..."

Terus aku matikan panggilan. Suis komputer aku tutup lalu aku bangkit bersama beg aku capai sebelum aku melangkah jauh dari meja aku.

Dalam setengah jam, aku tiba di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Beg dan fail aku bawa keluar dari kereta lalu aku melangkah masuk ke bangunan hospital. Baru saja aku hendak mendekati kaunter depan namun langkah aku terhenti tatkala aku terdengar bunyi deringan telefon aku.

Nama Nuf terpapar di depan skrin. Nafas aku hela panjang sebelum panggilan Nuf aku jawab.

"Hello."

"Kau dah sampai ke?"

"Baru je. Awak dekat mana?"

"Tak payah naik. Biar aku je turun ke bawah."

Sekali lagi aku ditelan dengan rasa kecewa.

"Hm," gumamku dan panggilan terus mati.

Skrin yang terpapar nama dan nombor Nuf aku pandang lama. Bibir aku ukir senyuman pahit. Nuf seolah tak mahu aku melihat Maya bersamanya.

"Tihani."

Aku angkat wajah. Tanpa aku sedari, air mata aku sudah sedia bertakung. Cepat-cepat aku tepis air mata aku sebelum Nuf datang lebih mendekat.

Bukan Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now