Bab 48

130 10 0
                                    

Pintu kereta di buka oleh Pak Ayub dan sekaligus menyentak aku. Aku pandang Pak Ayub dan Pak Ayub hanya tersenyum ke arah aku.

"Rina." seru mummy yang sudah keluar dari perut kereta. Tiada lagi senyuman menyinggah di bibir mummy. Sedari tadi mukanya mencuka masam saja. Layan daddy tadi pun acuh tak acuh. Nasib baik daddy pandai pujuk. Kalau tak memang mummy tak nak ikut sekali. Kata daddy tak elok kalau keluarga pengantin lelaki tak hadir.

Aku keluar dari kereta. Rumah agam milik orang tua Maya aku pandang. Mummy paut lengan aku sebelum kami sama-sama bergerak masuk ke dalam. Sebuah motorsikal yang terparkir di hujung menarik perhatian aku. Helmet merah.

"Rina. Kenapa?" Mummy menyentak aku.

"Tak ada apa-apa." Aku geleng kepala.

Mungkin aku cuma banyak berfikir kot. Lagipun, bukan satu orang saja memiliki motor dan helmet yang sama dekat Malaysia ini. Mungkin hanya kebetulan saja.

"Assalamualaikum," ucap daddy sebelum kami masuk ke dalam.

Semua mata memandang kami seolah menanti kehadiran kami. Masuk saja ke dalam, aku dan mummy segera mengambil tempat duduk. Manakala daddy pula duduk di sebelah tok imam dan Tuan Syukri, papa Maya.

Pelamin yang terpasang gah di hujung dinding menarik perhatian aku. Belum lagi apa-apa aku sudah nak menangis. Mujur saja mummy menjadi penguat di sebelah aku.

Spontan aku terpandang anak mata Embran. Tangannya melambai-lambai aku. Aku hanya buat-buat tak nampak sebelum aku menunduk kepala. Motor yang tersidai di luar tadi menjadi tanda soal aku. Dengan kehadiran Embran dan motor di luar membuatkan aku jadi takut.

Selang beberapa minit kemudian, suasana mula riuh bila diberitahu pengantin lelaki dah sampai. Aku hanya menunduk kepala sedari tadi. Belum kuat untuk menatap pengantin lelaki.

Klik!

Klik!

Terpancar cahaya kamera sebaik saja satu susuk berdiri di depan pintu. Perlahan aku angkat wajah. Mata mengintip Nuf.

Inilah pengakhirannya.

Jantung aku berdegup tak sekata.

"Han?" Aku berkerut dahi. Aku pasti aku tak salah lihat.

"Han? Mana?" Mummy pandang aku dengan pelik.

"Itu... Han, kan?" Semakin kuat lagi kerutan di dahi aku. Aku cuba bangkit namun ditahan oleh mummy.

"Kenapa ni, Rina? Mana Han?"

"Sila panggil pengantin perempuan untuk keluar," ujar tok imam.

"Mummy, itu Han! Rina tak silap tengok."

"Rina, jangan macam ni. Mummy tahu Rina tak boleh terima semua ni. Sebab inilah mummy tak nak Rina ikut," lirih nada mummy memujuk aku.

Han yang semua orang sangka Nuf memulas leher menghadap aku dan mummy sebelum matanya mengenyit ke arah aku.

Aku tercungap kecil.

Apa semua ni? Kenapa Han ada dekat situ? Mana Nuf? Dan... sejak bila Han dah bangun?

Klik!

Klik!

Cahaya kembali menyerang bila pengantin perempuan keluar sambil di pimpin oleh Puan Maryam. Menunduk kepala Maya dengan senyuman tersipu malu. Baju pengantin putih dengan design peplum menyukarkan untuk memperlihatkan lengkuk perut Maya.

Bukan Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now