"Razman?" Aku terkejut melihat Razman baru keluar dari ruang Human Resource. Niat aku pergi ke bilik HR adalah sebab aku nak ambil fail-fail buat sesiapa saja yang temu duga hari ini. Nuf pula awal pagi tadi kena berangkat ke Langkawi. Aku pula disuruhnya ikut Pak Ayub. Mahu tak mahu, aku kena dengar juga. Demi keselamatan aku dan anak-anak kami.
"Hai!" Razman menyapa aku seraya melangkah mendekati aku. Razman aku lihat sangat segak dengan mengenakan kemeja putih, blazer hitam dan seluar hitam. Kaca mata yang dipakai terlihat seperti Razman seperti budak nerd.
"Sejak bila awak pakai kaca mata ni?" soalku hanya sekadar berbasa-basi.
Razman sentuh bingkai kaca matanya dan tertawa kekok.
"Sejak dua menjak ni mata saya tak berapa terang. Oh! Tadi Suria kata kalau saya terserempak awak, dia nak kirim salam."
"Waalaikumussalam. Suria macam mana? Dia belum khabar apa-apa pun pada saya." Sedikit kecewa Suria tak ada hantar mesej ringkas mengenai kandungannya.
"Semalam saya bawa Suria ke hospital katanya sakit perut. Tapi doktor kata belum masanya lagi. Mungkin malam ni atau esok."
"Mesti anak awak comel kan nanti? Papa dia penyabar dan mama dia pula kuat," pujiku.
Razman hanya tersenyum malu.
"Eh? Awak datang sini..."
Razman angkat fail yang berisi kertas mengenai biodata peribadinya.
"Suami awak yang suruh saya cuba nasib dekat syarikat ni. Sebenarnya suami awak nak ambil saya terus tapi saya tak nak. Macam tak adil pula dengan pekerja yang lain." Razman tertawa kekok.
Aku kagum betul dengan Razman ni. Razman adalah lelaki yang aku kagum selepas Nadim. Dua-dua sangat baik dan dua-dua ada daya tarikan sendiri.
"Lepasni awak nak pergi mana?"
"Saya nak pergi ke hospital terus."
"Erm... kalau macam tu saya ikut awak tapi sebelum tu teman saya pergi beli barang buat Suria."
"Boleh."
"Okey. Awak tunggu saya dekat bawah. Saya kena buat kerja kejap aje."
"Tak apa. Saya tunggu."
Usai itu, kami bersurai. Aku buat kerja aku dan Razman berlalu turun ke tingkat bawah menanti aku.
Perlahan Razman buka pintu dan aku pula berdiri di belakangnya. Susuk Suria menyapa pandangan aku. Mukanya pucat dan lemah.
"Hi!" Aku menyapa Suria dengan kekok.
"Hi!" balas Suria dengan lemah. Bibirnya terukir payah.
"Aku ada belikan buah untuk kau." Bakul berisi bermacam-macam buah aku letak atas meja lalu aku mengambil tempat duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Suria.
"Terima kasih. Buat susah-susah kau aje."
"Tak susah pun. Hah! Lagi satu... kenapa kau tak pernah mesej aku? Kau masih ada hutang dengan aku tahu tak?" Muncung aku sudah ke depan.
Suria ketawa kecil namun penuh berhati-hati. Perutnya yang membukit besar itu aku pandang sekilas.
"Kau dah ada nama untuk baby kauorang ni?"
"Nur Safwa binti Razman," kata Razman yang sedang terduduk di sofa.
"Cantik."
"Rina." Suria meraih tangan aku.
"Kenapa? Kau nak makan buah ke?"
Suria tersenyum kecil. Dapat aku lihat keraguan dalam riak wajahnya.

YOU ARE READING
Bukan Aku Tak Cinta
RomansaSiapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Sa...