"Awak..." seruan aku itu langsung diendahkannya. Nuf hanya berlalu masuk ke bilik pejabatnya. Dengan rasa hampa, aku kembali duduk di kerusi semula.
Mencuka masam wajah aku ingin menyambung kerja. Mangkuk bertingkat aku pandang sekilas. Awal pagi lagi aku siapkan sarapan untuk Nuf. Risau kalau-kalau Nuf belum sarapan lagi.
"Good morning sepupu yang tercinta."
Aku mengangkat wajah melihat gerangan yang mengganggu aku.
Farah.
Aku mendengus kasar.
"Kau buat apa datang sini? Kau tak dialu-alukan untuk datang ke sini."
Farah memeluk tubuh. Riak wajahnya langsung tak terkesan dengan kata-kata aku. Malah seringai di hujung bibirnya semakin meninggi lagi.
"Kesiankan dengan kau ni. Tu lah... mulut tu jangan sombong sangat. Kau kena pijak di bumi yang nyata. Jangan kerja tahu berangan aje. Kau ingat kau heroin dalam dunia ni ke?"
Aku menutup mata buat sesaat. Rasa marah yang terkumpul aku cuba tenangkan. Kejap lagi ada juga yang bertempur darah dekat sini nanti.
"Kalau kau datang sini cuma nak sakitkan hati aku, kau berambus. Kau tak layak masuk ke syarikat ni. Perangai kau ni kan... kekadang sama macam firaun. Oh, wait! Bukan macam memang perangai firaun pun."
Farah ketawa besar. Hendak saja aku tarik rambutnya yang terikat tinggi itu.
"My attitude is higher than your height." Farah menjelir lidah.
Oh tidak! Dia bahaskan ketinggian aku ke? Aku ni pendek-pendek pun kalau sepak terajang lebam juga biji mata anak orang. 155 cm tak pendek okey! Dia yang tinggi macam galah sesedap mulutnya saja kutuk ketinggian aku.
Kerana hilang kesabaran, aku bangkit dan berura-ura hendak melempang kepala Farah dengan handbag aku namun pintu pejabat Nuf terbuka dan Nuf sendiri munculkan diri.
"Kenapa bising-bising ni?"
"Dia ni..."
"Abang Nuf... dia ni terus-terus serang Farah. Farah datang disebabkan abang Nuf yang minta Farah yang datang semalam," rengek Farah seraya mendekati Nuf.
Aku hanya memandang Farah dengan tidak puas hati. Kalaulah aku ada kuasa halilintar macam karton boboiboy tu, memang aku petir Farah tu terus. Biar kejung satu badannya. Buat sakit mata aku saja. Dahlah panggil suami aku abang. Aku pun tak panggil Nuf abang. Dia pula gatal nak panggil suami aku abang. Muka pun tak sama ada hati nak panggil abang. Hmp!
"Kau panggil ketua cleaner naik ke ofis aku. Then buat air kopi tambah dengan dua teaspoon gula saja." Tajam anak mata Nuf mencerlung aku. Langsung tak mengendahkan rengekan nenek kebayan di sebelahnya.
"Saya ada buatkan sarapan untuk awak. Kalau awak nak, saya hidangkan sekaligus."
"Tak payah. Aku tak lapar." Keras dataran nada Nuf.
Aku menunduk kecewa.
"Kau masuk ikut aku." Nuf jeling Farah sekilas sebelum masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Farah hanya menanti di situ dan bila Nuf sudah masuk ke dalam, Farah menjelir lidah ke arah aku.
Aku angkat beg dan berkira-kira hendak membaling ke arahnya namun lekas-lekas Farah berlari masuk ke dalam. Bila aku saja ada di situ, mata aku mula terasa hangat. Air mata perlahan-lahan bertakung di tubir mata.
Dengan kecewa dan pasrah, aku turun ke tingkat bawah. Boleh je sebenarnya call guna telefon ofis tapi aku malas nak duduk di situ sementara Nuf dan Farah ada di dalam ofis.

YOU ARE READING
Bukan Aku Tak Cinta
RomanceSiapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Sa...