Bab 59

109 8 12
                                    

Tepat pukul 10:30 pagi, pada hari jumaat, 24 januari, aku sudah selamat melahirkan anak kembar. Lebih 5 jam aku berperang di bilik bersalin dengan Nuf di samping aku menjadi penguat. Tapi terlebih kepada aku yang menjadi penguat sebab Nuf tak henti-henti menjerit kerana terlihat darah.

Selepas mengazakan ditepi telinga kembar, Nuf berehat di sofa. Memucat wajahnya tadi aku lihat. Entah siapa yang beranak sebenarnya ni.

Klak!

Pintu terbuka dan muncul mak dan Nek Bonda Rahimah bersama mummy dan daddy.

"Ya Allah menantu mummy..." Terhenti bicara mummy bila terlihat Nuf terkulai lemah di atas sofa.

"Hai? Siapa yang letih sekarang ni?"

Nuf mengangkat lengan yang menutupi mukanya. Mata kuyunya memandang mummy sebelum perlahan bangkit.

"Tahniah anak mak. Dah jadi mama betul pun sekarang ni." Mak menghampiri aku. Aku hanya mampu tersenyum saja. Tak ada daya hendak membuka mulut lagi. Tekak aku terasa sakit dan kering sekarang ni.

Nuf bangkit dan bergegas masuk ke tandas. Dah mulalah drama nak muntah dia tu.

"Ya Allah! Bertuah punya budak!" Mummy menggeleng kepala.

Nek Bonda Rahimah dan daddy pula sudah bergerak menuju ke katil kembar. Elnaura Aryana, si kakak hanya diam saja manakala Elnaura Adriana, si adik tadi tak berhenti menangis. Bila Nuf angkat tadi barulah dia diam dan kembali lena dengan si kakak.



Tak sampai seminggu aku ditahan di hospital. Kini aku dibenarkan pulang ke rumah. Nuf pula dah mula memainkan peranan protektif dia. Sanggup tampal kertas dekat belakang bonet kereta dengan kata-kata, 'Maaf, isteri saya baru siap bersalin.'

Aku hanya mampu menunduk wajah ketika itu. Harap-harap orang tak kenal kami lah.

"Home sweet home!" jerit suara dari arah dalam rumah.

Aku hanya mampu tersenyum melihat ruang tamu kami sudah penuh dengan barang-barang.

"Nak tengok kembar!" Han menjerit teruja seraya mendekati Nuf yang ketika itu mendukung Adriana dan aku pula mendukung Aryana.

"Wah! Macam muka aku lah!"

"Aku papa diaorang, mestilah ikut muka aku. Nak ikut muka kau buat apa?" Jeling Nuf mematahkan semangat Han.

Perlahan aku menapak menuju ke arah yang lain sebelum Aryana di dalam dukungan aku diambil oleh mummy. Mak yang statik berdiri menghadap aku terus saja aku peluk.

Walaupun aku dah jadi mama tapi aku masih tetap memerlukan mak. Walaupun aku dah berstatus isteri dan mama kepada dua orang anak, aku tetap anak mak. Jasa mak tak mampu aku balas kembali. Rasa sakit beranak belum tentu menebus segala kegigihan mak memelihara aku dahulu.

"Menangis pulalah dia ni." Mak tepuk lembut belakang aku.

"Mak tak cakap pun melahirkan anak ni sakit," selorohku.

"Ai? Dah keluar dua tu memang sakitlah," balas mak kembali membuatkan aku ketawa namun aku hentikan gelak aku bila aku sedar bahwa aku tak sepatutnya tergelak buat masa ini.

Tadi doktor pesan aku tak digalakkan buat aktiviti yang berat dan ganas yang boleh menyebabkan jahitan bahagian bawah boleh terkoyak semula. Jadinya aku kena mengambil langkah berhati-hati saja. Biasalah, orang melahirkan anak pertama ni kena hati-hati.

"Wei! Adriana ada lesung pipit macam aku lah!"

"Kau jangan jerit tepi telinga aku boleh tak?" desis Nuf. Tak semena-mena jeritan Han itu buatkan Adriana terjaga dan menangis dek kerana terkejut.

Bukan Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now