Aku pandu kereta Axia aku dengan cepat menuju ke rumah mak. Tadi mak hubungi aku sebab katanya mak ngah datang mengamuk dan serang mak. Hati aku sudah berdebar laju. Takut mak diapa-apakan.
Sampai saja, terus aku matikan enjin kereta. Pintu aku tolak sebelum langkah aku bawa masuk ke rumah.
"Mak!" laungku.
"Sampai pun kau. Kau dah malukan keluarga aku dan kau ingat aku biarkan kau terlepas macam tu je?!" Mak ngah datang menghampiri aku.
Aku pandang mak dengan kerutan di dahi. Datang tak diundang, tiba-tiba mengamuk tak tentu pasal.
"Kalau mak ngah datang sini cuma nak fitnah Rina..."
Pap!
Kedengaran cungapan terluah dari bibir mak tatkala wajah aku ditampar oleh mak ngah.
"Kak Lia!" Mak berlari mendapatkan aku. Mata mak tajam menikam anak mata mak ngah.
"Kau sepatutnya jaga anak kau ni, Dina! Sebab anak kau nilah, Bonda bencikan aku dan anak aku!"
"Hei, Dahlia! Kalau kau nak marah anak aku, kau jangan sesekali angkat tangan dekat muka anak aku."
Mak ngah mencemuh kasar.
"Akhirnya! Akhirnya kau dah tunjuk perangai sebenar kau kan, Irdina? Memang patut Bonda halang Daud kahwin dengan kau dulu. Kau tu depan orang saja baik..."
Pap!
Aku terkejut bila mak naik tangan dan bertindak memukul wajah mak ngah.
"Kau jangan ingat selama ini aku diam dan aku tak berani buat apa-apa pada kau, Dahlia. Kalau bukan sebab aku masih hormatkan pesanan arwah, aku tak akan sesekali bersuara. Jangan ingat diamnya aku, aku tak tahu apa-apa."
Mak ngah tertawa sinis.
"Kau ingat aku heran sangat..."
"Aku belum habis cakap lagi. Jangan kau ingat aku tak tahu pasal gambar-gambar tu. Aku dah tahu, Dahlia. Aku dah lama tahu."
Wajah mak ngah mula berubah cuak. Aku yang masih terasa kesakitan dek tamparan padu mak ngah hanya diam saja. Aku masih lagi terkejut dengan tindakan mak. Selama ini mak sabar saja menghadap perangai mak ngah, mak long dan Nek Bonda Rahimah.
"Ap... apa yang kau... kau tahu?"
"Aku tahu kau yang tangkap gambar tu. Sebab apa?"
Mak diam sekejap.
Dapat aku lihat bebola mata hitam mak ngah bergerak sana sini tak tentu arah. Bibirnya juga sudah kehilangan warna.
"Sebab kau ada hati dekat Zakwan! Bekas suami kakak kau sendiri!"
Membuntang besar biji mata mak ngah mendengar. Aku juga sama terkejut dengan apa yang baru aku dengar.
"Apa... apa kau merepek ni? Aku... aku tak pernah simpan perasaan buat Zakwan. Kau... kau sengaja nak fitnah aku kan? Kau dengan anak kau sama saja! Kaki fitnah!"
"Kau takutkan sebab aku tahu hal yang sebenar? Kau cemburu sebab Zakwan pilih Dayana tapi bukannya kau! Jadi kau ambil peluang untuk tangkap gambar tu supaya Dayana minta cerai pada Zakwan!"
"Aku... aku..." Bagai cacing kepanasan mak ngah mendengar kenyataan itu. Aku juga tak sangka semua ini terjadi sebab mak ngah. Mati-mati aku ingat akulah punca mak long dan pak long bercerai dulu.
Mak ngah pandang aku dan mak bersilih ganti. Mungkin kerana malu yang amat, mak ngah terus saja meninggalkan kami.
Bila kelibat mak ngah hilang menjauh dari kami, mak berpaling tubuh menghadap aku lalu tangannya naik menekup pipi aku yang terasa perit.

YOU ARE READING
Bukan Aku Tak Cinta
RomanceSiapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Sa...