Aku hanya mampu melihat susuk tubuh seorang demi seorang meninggalkan perkarangan tanah perkuburan. Safwa di dalam dukungan sesekejap aku pandang. Tadi aku hendak turun tapi mak tegah aku kerana tak mahu berlaku apa-apa dengan kandungan aku. Tambahan pula tak ada siapa yang kena jaga Safwa.
Nuf aku lihat dari jauh turut bergerak sambil memimpin Nek Bonda Rahimah dan turut dibantu oleh mak.
Safwa merengek kecil menarik perhatian aku. Sedari tadi si kecil itu ketiduran dalam pelukan aku. Sekarang dia dah bangun pasti Safwa ingin menyusu. Memikirkan hal itu aku jadi buntu.
"Safwa nak susu ke?" Bergenang air mata aku menatap wajah polos Safwa yang saling tak tumpah dengan rupa Suria.
Tercebik-cebik bibir aku cuba menenangkan Safwa yang kian sedang merengek. Aku tak tahu bagaimana cara hendak mendiamkan si kecil. Aku memang tak ada pengalaman nak jaga budak kecil. Tambahan lagi kalau budak yang belum mencecah usia setahun.
Pintu penumpang terbuka sebelum sesaat Nek Bonda Rahimah masuk dan disusuli dengan mak. Nuf juga turut masuk ke dalam.
"Kenapa ni?" Nuf hulur tangan ingin mengambil Safwa dari dakapan aku.
Air mata aku tepis.
"Mungkin dia haus."
"Haus, ya? Nanti kita beli susu untuk baby." Lembut nada Nuf memujuk Safwa. Digoyang-goyang tubuh si cilik agar berhenti meragam.
"Nuf. Sini biar mak yang pegang." Mak bersuara di belakang.
Nuf pandang mak sebelum memulas tubuh untuk menyerah tubuh kecil itu ke arah mak. Nek Bonda Rahimah aku lihat hanya memaling wajah ke jendela. Aku tahu pasti Nek Bonda Rahimah sedih dengan pemergian Suria. Aku pun sama sedih.
Semalam, tepat Suria melahirkan Safwa, Suria disahkan menghembus nafas terakhirnya saat itu juga. Razman belum sempat lagi jenguk Suria kerana waktu itu Razman perlu dirawat kerana ditikam oleh Embran. Mujur saja lukanya tidak dalam.
Paling aku terkilan adalah kata-kata Suria malam itu. Seolah dia tahu dirinya hendak pergi meninggalkan kami.
Nuf pegang tangan aku dan dihantarkan senyuman kecil buat aku untuk memberi semangat.
Selesai saja bacaan tahlil, semua yang hadir ke rumah Razman beransur pulang usai saja menjamu makanan yang tersedia ala kadar.
"Rina," seru Mimi yang ketika itu baru keluar dari bilik Razman dan Suria. Safwa di dalam dukungannya kini sudah ketiduran. Mesti perut dia dah kenyang lepas menyusu dari badan Mimi.
Safwa bertukar tangan. Wajah tenangnya itu aku pandang lama.
"Untungkan Suria. Dia lahirkan anak dia dekat dunia tapi dia berpantang dekat syurga."
Aku hanya diam tak berkutik.
"Dia masih ada hutang dekat aku." Perlahan aku mengutarakan kata.
"Rina... tak baik berdendam dengan yang sudah meninggal," nasihat Mimi.
"Aku dah maafkan dia tapi dia belum dengar lagi maaf dari aku."
"Mungkin dia dah maafkan kau. Kau pun kena maafkan dia juga. Semoga arwah tenang di sana."
Aku masih belum percaya lagi Suria sudah tidak ada. Masih aku ingat lagi titipan Suria semalam.
Aku tak akan lupakan semua tu Suria. Aku janji akan didik dan jaga anak kau macam anak aku. Nur Safwa adalah titipan yang terinda daripada kau.
Nuf yang selesai mengemas makanan segera mendekati aku. Matanya jatuh memandang Safwa. Sesekali diusik pipi kecil itu.
"Comelnya dia." Dicuit lembut hujung hidung Safwa.
![](https://img.wattpad.com/cover/376785165-288-k945878.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Aku Tak Cinta
RomanceSiapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Sa...