pada malam ini,
kau cuma biarkan aku sebegitu tanpa menjawab titipan daripada aku,
adakah kerana aku yang membuatkan kau menunggu?
atau kerana caraku membalas titipan itu mengguris?
tapi yang paling penting adalah
malam ini pertama kali aku tidak bisa tidur walaupun badan serasa hampir lumpuh
berlatih untuk menjadi terbaik
tambahan pula.
suhu di Malaysia ini sudah hampir macam neraka!
sang rerama berkelopak merah jambu,
malam ini aku sunyi..
hari ini masih belum dapat mendengar suaramu
walaupun hampir setiap hari kita bercanda ketika yang lain sedang lena
aku tetap masih mahu mendengar
tercandu? ya
ketagih? benar
semoga esok perkara pertama yang aku akan dengar adalah deringan panggilan darimu
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Poetrysinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
