jika ditakdirkan
kita pasti akan dipertemukan
siapa tahu, rahsia tuhan kan?
mana tau seperti dalam
drama cinta ataupun novel
dimana
salah seorang daripada kita
didalam lrt sedang ingin menuju ke suatu kawasan
terhenti sebentar di sebuah stesen yang berdekatan
orang berpusu keluar
salah seorang daripada kita
berdiri dihadapan pintu kerana tempat duduk sudah dipenuhi dengan manusia lain yang juga ingin menuju ke destinasi mereka
penggera berbunyi menandakan pintu bakal terbuka
dan apabila
pintu lrt terbuka
sesosok tubuh kita berdiri
betul-betul berhadapan
mata kita laju bertatapan
dengan,
tatapan rindu
tatapan cinta
tatapan sayang
kita melulu terus berpelukan
tanpa menghiraukan mereka yang lain
tanpa menghiraukan tujuan perjalanan
lalu didalam rangkulan itu aku mengucapkan
"i miss you so much, kemana kau telah pergi hm?"
"do you miss me? i want you back yayang"
di waktu itu,
pasti kita sudah matang dalam bercinta
kau masih cantik seperti selalu
wangian itu masih sama apabila ciuman aku hinggap di dahi kau
dan pada waktu itu,
kita masih berpelukan
erat seperti tidak ingin melepaskan masing-masing lagi seperti dulu
terlalu indah
ternyata itu adalah sejati
tuhan,
tolong dengarkan pintaku yang ini boleh?
aku berserah pada takdir
aku percaya kau akan perkenankan
suatu hari nanti.
noktah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Poetrysinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
